Rabu, 13 September 2017

Segmen ChikTie PokYie Jalan-Jalan: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

10:37:00 PG 5 Comments

Sudah lama tak bersua di muka blog. Aduhai. Nak kata sibuk tak sibuk juga. Tapi itulah kan. Komitmen yang tak dapat diseimbangkan. Salah sendiri, bukan salah jiran sebelah. Hihi tiba-tiba.

Cuti panjang Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong baru ni, Chik Tie sempat membawa diri dan kaki dan seluruh pancaindera ke Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Sambil hantar kakak Chik Tie ke airport, kebetulan kakak ada kerja kat sini. 



Cantik pantai ni. Dekat dengan airport jugak. Masa Chik Tie pergi ni tak ramai orang. Mana nak ramai, pukul 1 lebih. Panas, baik orang duduk kat rumah lah kan. Tapi demi gambar, Chik Tie redah je panas tu. Kalau tidak, tak tahu bila lagi kan nak datang. Alang alang dah sampai dekat, singgahlah terus.

Follow Us @soratemplates