Rabu, 13 September 2017

Segmen ChikTie PokYie Jalan-Jalan: Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

10:37:00 PG 5 Comments

Sudah lama tak bersua di muka blog. Aduhai. Nak kata sibuk tak sibuk juga. Tapi itulah kan. Komitmen yang tak dapat diseimbangkan. Salah sendiri, bukan salah jiran sebelah. Hihi tiba-tiba.

Cuti panjang Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong baru ni, Chik Tie sempat membawa diri dan kaki dan seluruh pancaindera ke Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Sambil hantar kakak Chik Tie ke airport, kebetulan kakak ada kerja kat sini. 



Cantik pantai ni. Dekat dengan airport jugak. Masa Chik Tie pergi ni tak ramai orang. Mana nak ramai, pukul 1 lebih. Panas, baik orang duduk kat rumah lah kan. Tapi demi gambar, Chik Tie redah je panas tu. Kalau tidak, tak tahu bila lagi kan nak datang. Alang alang dah sampai dekat, singgahlah terus.

Selasa, 4 Julai 2017

Warna warni di Aidilfitri Part 2 (team beraya kelantan)

8:23:00 PG 4 Comments

Jumpa lagi semua. Maklumlah, tengah semangat. Update laju laju sementara masih ada semangat yang berkobar kobar ni. Okay masih cerita raya, kali ni Chik Tie sambung beraya di Kelate pulak. Raya ketiga hingga kelima. Nampak macam lama. Tapi disebabkan beberapa faktor dan urusan, sebenarnya dalam lima hari tu, tiga hari je pergi beraya. 



Ahad, 2 Julai 2017

Warna warni di Aidilfitri Part 1 (team beraya kemaman)

9:22:00 PTG 9 Comments

Alhamdulillah. Selamat hari raya semua. Ramai yang dah kembali bekerja, dan ada juga yang baru nak mula beraya sebab minggu pertama tak dapat cuti raya. Apa pun, Chik Tie doakan semuanya gembira, bahagia, dan dalam perlindungan Allah.

Hari raya pertama dan kedua Chik Tie di Kemaman, giliran sebelah suami tahun ni. Alhamdulillah, tahun ni lengkap. Kak long, adik adik semua ada. Yang belajar di Jepun dah pun selamat pulang. Jadi lengkaplah kami tahun ni. Alhamdulillah. Raya tahun depan kita tambah ahli baru ^_^ Aminn ya Rabbal Alamin.


 Keluarga sebelah suami di Kemaman. 6 beradik semuanya. 

Rabu, 21 Jun 2017

Isnin, 19 Jun 2017

Warna warna Ramadan

12:26:00 PTG 0 Comments
Alhamdulillah, sudah hari ke-24 kita berpuasa. 24 hari dalam bulan Ramadan yang penuh berkat, dan rahmat. 

Semalam 18 Jun, Chik Tie genap 30 tahun. Alhamdulillah. Untuk peluang yang masih dikurnia. Semoga Chik Tie terus diberikan kesihatan, dan ruang untuk terus melaksanakan kebaikan. Semalam juga, kami terlibat dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari raya Aidilfitri oleh  Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI) kepada anak anak Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Negeri Terengganu. 


Terima kasih kepada SERIKANDI dan Mydin Mall Gong Badak yang menyampaikan sumbangan bagi anak-anak PDK kami. Semoga dikurnia dengan kebaikan yang berlipat ganda. 

Ahad, 30 April 2017

Ahad, 8 Januari 2017

Visualization Board

2:03:00 PTG 10 Comments
Visualization Board

Kenapa kena buat Visualization Board ni? 

Untuk bagi gambaran jelas tentang visi, dan impian kita. Senang sikit bila kita nampak hala tuju dan target yang kita nak capai. 


Bila kita nampak, makin jelas lah usaha kita. Gitu. Setiap kali tahun baharu, tiap kali tu Chik Tie ni semangat buat planner. Ada dua planner biasanya, satu untuk urusan kerja, satu lagi untuk urusan peribadi.  


Rabu, 4 Januari 2017

Tengkujuh Januari

8:09:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum semua.

2017 dah masuk hari ke-4. Pembuka tirai 2017 yang penuh pengalaman kali ini. Chik Tie tengah bersantai-santai bersama keluarga mertua di Kemaman sehari sebelum tahun 2017. Dah siap beli lauk untuk aktiviti "shell out" bersama keluarga mertua. Kak Long dah siap masak kari ketam pun masa tu. Jam 12.00 tengah hari, boss whatsapp maklum bilik gerakan banjir negeri telah dibuka mulai jam 12.00 tengah hari. Kelam kabut kemas barang balik Kuala Terengganu. Masa tu kusut jugak lah ya memikir jalan mana nak lalu, memandangkan hujan tengah lebat, jalan jalan pun dah mula ada air. Sudahnya lalulah kami ikut lebuh raya, walaupun masa tu jalan nak masuk lebuh raya pun ada air. Tapi masih boleh lalu. Akhirnya, kami keluar ikut exit Bukit Payung. Sempatlah kereta tu mengarung air sekejab lepas keluar Exit Bukit Payong tu. Alhamdulillah tak apa-apa. Walaupun cuak juga sebenarnya. 


Ni gambar yang Chik Tie ambik masa atas highway. Sebab bukan Chik Tie yang memandu, sempatlah ambil  ^__^ 

Follow Us @soratemplates