Visualization Board

Visualization Board
Kenapa kena buat Visualization Board ni? 
Untuk bagi gambaran jelas tentang visi, dan impian kita. Senang sikit bila kita nampak hala tuju dan target yang kita nak capai. 
Bila kita nampak, makin jelas lah usaha kita. Gitu. Setiap kali tahun baharu, tiap kali tu Chik Tie ni semangat buat planner. Ada dua planner biasanya, satu untuk urusan kerja, satu lagi untuk urusan peribadi.  

Yang ni Chik Tie beli Planner dengan Dexandra.  Disebabkan Chik Tie tahun ni memang nak kembali aktif dalam perniagaan Dexandra (diambil alih oleh suami) Sebab Chik Tie dah kerja balik.  Sambil suami uruskan AyieBizNetSolution, sambil uruskan Dexandra ni. Chik Tie tak tinggal terus Dexandra ni, lepas waktu kerja, Chik Tie tolong dan uruskan mana yang mampu. Gitu. Macam cerekarama korparat tak bunyi nya. Haha. 

Yang ni visualization board Chik Tie .  Ni antara yang utama. Yang details Chik Tie tampal kat board yang lebih besar.  Nanti Chik Tie tunjuk gambar kat sini. Sebab board tu tak letak kat dinding lagi. 
Okay, antara target Chik Tie 2017 ni;
1. Nak terus meningkatkan sales bulanan Dexandra, nak ramaikan lagi dropship, dan nak kemaskan lagi bahagian promosi, serta nak kemaskan sistem fail perniagaan.
2.  Chik Tie nak konsisten dan disiplinkan diri menyimpan. Tahun ni Chik Tie mulakan dengan RM 50 sebulan minima. Sebab kami pun baru pindah, baru mula kerja baru, dan sebagainya. 
3.  Bebas HUTANG yang tak perlu. Ni penting. Sebab Chik Tie nak amalkan pengurusan kewangan yang lebih baik mulai tahun ni. Tak nak boros tak tentu dah. Sebab nak mantapkan ekonomi, dan hidup secara tenang. 
4.  Tahun ni, doakan Chik Tie dapat cahaya mata.  Okay. Tak boleh taip banyak, sebab Chik Tie mudah tersentuh bab ni. Yang penting doakan untuk Chik Tie. Bolehkan kawan kawan *_^
Dah buat Visualization Board anda tak?
Jom buat sekarang.
Yang Bersemangat,
Chik Tie Dot Com
Agent Dexandra
Blogger Yang dah lama tak menulis

10 thoughts on “Visualization Board

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.