Tips: Masak pantas di hari bekerja

Assalamualaikum semua.

Dapat masak sendiri di rumah adalah satu kepuasan bagi kita kan? Terutama bila tengok suami, anak-anak dan ahli keluarga seronok menikmati makanan yang kita masak. Biarlah menu biasa-biasa, tapi tetap rasa puas hati.

Tips: Masak pantas di hari bekerja

Hari ni Chik Tie nak kongsi serba sedikit tips masak pantas di hari bekerja yang Chik Tie amalkan, terutama pada bulan Ramadan yang lepas. Ramai yang dah tahu, tapi tak salah kiranya Chik Tie berkongsi. Mungkin ada lagi yang tak yakin nak mulakan cara ni.  Chik Tie pun lama dah baca tips yang viral di facebook, tapi baru je sebulan dua ni mula buat.

Langkah yang paling penting, utama, dan paling mula-mula adalah beli bahan mentah. Iyalah, kalau tak beli bahan mentah, habis nak simpan stok apa untuk masak bukan?  Chik Tie biasa beli bahan mentah di pasar tani, setiap hari Jumaat berdekatan rumah Chik Tie.  Suka beli di pasar, sebab lebih segar.

Antara yang selalu ada dalam peti

  1. Ikan
  2. Ayam
  3. Daging (yang ini sikit je, sebab suami Chik Tie tak boleh makan daging)
  4. Bunga kubis
  5. Brokoli
  6. Bungan kantan
  7. Serai
  8. Lobak Merah
  9. Ubi Kentang
  10. Tomato
  11. Bawang merah, bawang putih, dan bawang besar
  12. Cili Merah, Cili Hijau
  13. Halia
  14. Lengkuas
  15. Kunyit
  16. Sayur sawi (yang kecil tu)
  17. Telur
  18. Kubis (Separuh saja, banyak takut tak habis dan rosak)

Chik Tie akan potong lobak merah kepada dua bahagian, sawi, brokoli, bunga kubis, dan kubis Chik Tie siang siap-siap. Jangan pergi potong tomato siap-siap dah lah ya.  Ada tips basuh, rendam air garam, sejat apa semua sebelum masuk bekas. Ada juga tips yang potong, tak perlu basuh, nanti nak pakai baru basuh. Ikut keselesaan dan ilmu masing-masing ya. Jangan bergaduh, tak dapat hadiah.

Lepas tu masukkan ke bekas kedap udara. Sebelum masukkan bahan-bahan, pastikan letak tisu dapur, atau kertas putih tu di bahagian bawah dulu.  Susun cantik cantik ikut penggunaan harian. Yang ni kita kena sesuaikan dengan penggunaan dan kebiasaan masak kita.

 

Selesai isi bahan masakan dalam bekas, letak pulak tisu dapur, atau kertas pada bahagian atas. Melindungi bahan tu ya. Tujuannya supaya wap air dalam peti, tak menitis atas bahan dan melembapkan bahan tu lantas membuatkan kadar hayat nak rosak semakin cepat.

Ubi kentang Chik Tie tak kupas pun siap-siap. Nak guna baru kupas. Tapi tetap tutuplah bahagian atas dia dengan tisu atau kertas putih

Bunga kantan ni Chik Tie akan beli kalau jumpa yang besar besar dan murah. Sebab Chik Tie kadang-kadang tiba-tiba nak makan laksa, tiba-tiba nak buat ulam, dan tiba tiba nak guna bunga kantan ni. Kena selalu ada dalam peti. Bunga ni Chik Tie balur dengan tisu dapur, letak plastik, dan plastik, kemudian masukkan bahagian “freezer”

Serai ni kalau kat kampung, main ambik je kat laman.  Kat sini pun, jiran Chik Tie ada je tanam. Tunggulah, insyaAllah bulan depan Chik Tie akan mulakan projek tanaman bahan masakan.  Jadi tak perlu simpan serai macam ni lagi dah haha.

Lada hijau dan lada merah antara kegemaran Chik Tie juga. Bahan yang kena ada di rumah. Kurang kurang nak masak maggi ke, goreng nasi ke, goreng mi, ada lah rasa pedasnya.  Tips simpan lada bagi tahan lama,  buang tangkai, sebab biasanya tangkai yang rosak akan merosakkan lada yang lain.  Lepas tu letak bawang putih dalam bekas. Akhir sekali tutup bahagian atas dengan tisu, dan tutup bekas kedap udara.

Lepas siap semua. bolehlah susun dengan gembira di dalam peti ais.  Susunlah ikut kesenangan dan kegembiraan kalian. Asalkan kalian bahagia.

Ayam, dan ikan jangan lupa asingkan ikut penggunaan seharian. Contoh, kita duduk berdua, makan ikan seekor seorang, jadi asingkanlah sebegitu saja.  Jangan ragu-ragu. Bahagian yang ada bekas hijau tu adalah ikan ikan yang telah ditangkap, disiang, dibersihkan lalu diasingkan mengikut kadar.  Masa ni nampak berselerak, sebab ada ikan siakap dan cencaru yang memenuhi ruang. Mungkin dia bayar sewa lebih.  Fungsi bekas hijau tu sebab tak nak bagi darah ikan mencemarkan kesucian warna putih.

Sekian tips tak seberapa

Dari Dapur Chik Tie

8 thoughts on “Tips: Masak pantas di hari bekerja

  1. tip ini sangat menarik dan boleh dicuba suatu hari nanti…

    yang kurang menariknya peti ais kat rumah saya ( suatu ketika dahulu) selalu kosong hahahaha

    1. haha kosong tak per. Senang nak bersihkan.peti Ais ni pun time nak cuti panjang, kosong jugak.

    1. Yang ni pun hadiah semperna masuk rumah baharu. hihi. InsyaAllah ada rezeki nanti boleh lah guna yang besar. Bagi duduk berdua, dua pintu atas bawah ni pun dah cukup. Tunggu tambah orang baru nanti mana tahu boleh tambah saiz peti pulak haha

  2. Kemas betul fridge Chiktie. Akak nak try tips guna tisu & letak bwg putih dgn lada. Tak pernah terfikir utk guna botol mineral utk letak sayuran. Lps ni, blh la guna botol utk simpan daun bawang.

    1. Kemas sebab baru lepas kemas hihi. Chik Tie pun tengok dalam fb, ada orang share. Tu terus tiru letak dalam botol minuman

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.