Tiga kali Seminggu

Assalamualaikum.  Kali ini saya mahu menyimpan kenangan bacaan saya terhadap  himpunan cerpen yang ditulis oleh Dr.Faisal Tehrani.  Pertama kali melihat buku ini di atas susunan rak di kedai buku,  saya tidak mengambil masa yang lama untuk mencapainya,  dan terus membayar harganya.  Pendek kata,  saya sudah jatuh cinta dengan hanya melihat muka depannya,  dan tajuknya.  *Kadang-kadang mata saya menilai buku dengan muka depannya *  Maaf,  saya melanggar prinsip pada kata-kata “Don’t judge book by it’s cover”.



Buku ini merupakan himpunan 15 buah cerpen yang dikarang oleh Dr.Faisal Tehrani.  Berketebalan 198 muka surat.  Diterbitkan oleh  Al-Ameen Serve Holdings Sdn.Bhd.  Terbitan pertama buku “Tiga kali seminggu” adalah pada November 2010.


Antara cerpen yang terdapat di dalam buku ini ialah;

1.  Rindu ini Luar Biasa

2.  Bulan Penuh Di saigon

3.  Cinta Medeni.

4. Tiga Kali Seminggu

5. Setelah diciptakan Adam

– – – – – – – – – – – – – – – — – – – – – – – – — – – – – — – – – – – – – –

Kali ini,  saya mahu menumpukan perhatian pada kesan mendalam pembacaan saya terhadap cerpen ” Bulan penuh di Saigon” yang ada dalam buku ini.  Benar-benar menyentuh hati dan membakar semangat.  Cerpen ini  bermula pada helaian ke- 26 dan berakhir pada helaian ke-42.  Berkisar tentang kisah seorang anak yang bernama Manisah,  yang pada mulanya menerima berita ibunya meninggal dunia.  Dalam keperitan menerima kehilangan insan yang tiada ganti itu,  si anak terpaksa pula menelan kepahitan tentang kebenaran bahawa dia adalah anak angkat kepada ibunya yang baru sahaja meninggal dunia itu.


Saya menangis membaca petikan ayat di bawah;


Kemudian ummi mendodoikan saya tidur ibarat anak-anak kecil,  dan saya tidak malu,  tetapi bermohon supaya ummi terus menjadi bulan yang menyinari langit malam.  Dalam lelap setelah itu  saya akan sentiasa merindui ummi.  Dan saya akan terdengar suara lunak ummi mengaji,  membaca ayat-ayat suci: ………………………………………..

(Tiga Kali Seminggu.  Bulan Penuh Di Saigon.    Muka surat 27)


Saya pulang ke rumah ummi,  mengemas nasi goreng terakhirnya di dapur,  mengelap gambar-gambar keluarga yang berhabuk,  melipat kain baju ummi di jemuran  dan memangis dalam diam mengenang segala yang  ummi bawa pergi.  Kenangan dan kasih sayang dibungkus indah balutan kerinduan untuk diserahkan kepada hati lara saya.

( Tiga Kali Seminggu.  Bulan Penuh Di Saigon.  Muka surat 28-29)




Persoalan demi persoalan dirungkai oleh Manisah.   Pencarian ibu bapa kandungnya dan menjejak asal keturunannya diteruskan yang membawa Manisah hingga ke Vietnam.  Felicity,  sahabat Manisah merupakan orang yang sangat berusaha membantu Manisah mencari susur galur hidupnya.  Walaupun berbeza agama dengan ibu kandungnya,  Manisah tetap menerima kehadiran ibu kandungnya yang telah bersusah payah melahirkannya ketika tujuh tan bom diledakkan di bumi Vietnam.


Di akhir cerpen ini,  saya menangis lagi.  Kata-kata yang menyentuh hati,  saya dapat merasakan sesuatu daripada ayat-ayat yang digubah indah oleh Dr.Faisal Tehrani;


Saya berazam untuk menemui ibu dan saya akan menghargai rahimnya yang mengandungkan saya.  Seperti mana saya menghargai tangan ummi yang menyuapkan rezeki Tuhan atau dodoi kasihnya sebelum terlelap pada waktu malam.  Semoga Allah memberi hidayah kepada ibu saya juga.  Semoga ummi mendapat tempat yang baik bersama roh-roh orang yang mulia.  dan semoga reda Allah membahagiakan saya.

( Tiga Kali Seminggu.  Bulan Penuh di Saigon.  Muka surat 42).



Hayati dan gerakkan sedikit otot-otot yang menuntut fikir apabila membaca cerpen-cerpen yang ada dalam buku ini.  Bukan hanya pada buku ini sebenarnya,  tapi pada seluruh hasil-hasil tulisan yang ada.  Kita selalu sahaja membaca isi luarnya,  tanpa kita mengupas isi dalamnya yang mahu disampaikan.  Mudah sahaja kita mahu membuat penilaian tanpa kita sebenarnya tidak pernah mahu memikirkannya.

Leave a Reply

14 Comments on "Tiga kali Seminggu"

avatar
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Bazlaa
Guest

Wahhh…
mcm best je t cite kat dlm bk ni…

MrsAyie
Guest

best Ila 🙂 nanti balik I bagi U baca 😛

Bazlaa
Guest

Wokeh…
aku klau melayan bc bk2 cite ni kdng2 ralik jugok..
hehe..:p

MrsAyie
Guest

@Bazlaa, tapi seperti biasa, penulisan Dr.Faisal Tehrani menuntut kita berfikir utk memahami 🙂

suri
Guest

wah layan gak ctr dia hee..

skr nk baca kena bli rega yg rm19.90 tu cept habis baca..sblum ni ada beli nove rm 30 lebih tu tabal..jenuh nak hbis baca.. nak2 bila kecik ada tergendala je..klu 19.90 2 hari dh katam huuu..

MrsAyie
Guest

@suri, hehe. Kalau himpunan cerpen, biasanya ambil masa sekejab nak habiskan. Kalau novel, bergantung pada cara novel tu ditulis. Kalau suspen, dalam sehari pun boleh habis novel 200 lebih muka surat 😛

suri
Guest

@MrsAyie, suspen best gak..klu line cler bestnya baca smpi hbis..

MrsAyie
Guest

@suri, betul tu. Pernah tak tidur sebab khusyuk baca. Sedar-sedar dah subuh 🙂

ghost writer
Guest

mungkin aku belum membaca buku-bukunya…mungkin aku terlalu banyak pilihan sampai terlupa kalau faisal tehrani itu salah satu blog yang aku jadi silent reader.

MrsAyie
Guest

Itulah, terlalu banyak baca novel lain sampai kamu lupa pada hasil tulisan faisal tehrani. hari minggu ni carilah buku beliau 😛

zik
Guest

fasisal tehrani mempunyai banyak karya2 yang bermutu dan menyentuh hati dan perasaan ini… isk2.. 🙁

MrsAyie
Guest

ya. Beliau ada sentuhan tulisan yang susah kita dapat baca daripada penulis-penulis muda. Bukan mudah untuk orang faham, dan suka apa yang kita tulis. Tapi Faisal Tehrani berjaya dengan caranya.

suri
Guest

@MrsAyie, wah mmg gila baca nve ni..suri masa ank dara oke je skrg bertuh ar heee..

MrsAyie
Guest

@suri, hehe. Mungkin bila dah ada anak yati pun akan kehilangan taring membaca. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba 😉