Tengkujuh Januari

Assalamualaikum semua.

2017 dah masuk hari ke-4. Pembuka tirai 2017 yang penuh pengalaman kali ini. Chik Tie tengah bersantai-santai bersama keluarga mertua di Kemaman sehari sebelum tahun 2017. Dah siap beli lauk untuk aktiviti “shell out” bersama keluarga mertua. Kak Long dah siap masak kari ketam pun masa tu. Jam 12.00 tengah hari, boss whatsapp maklum bilik gerakan banjir negeri telah dibuka mulai jam 12.00 tengah hari. Kelam kabut kemas barang balik Kuala Terengganu. Masa tu kusut jugak lah ya memikir jalan mana nak lalu, memandangkan hujan tengah lebat, jalan jalan pun dah mula ada air. Sudahnya lalulah kami ikut lebuh raya, walaupun masa tu jalan nak masuk lebuh raya pun ada air. Tapi masih boleh lalu. Akhirnya, kami keluar ikut exit Bukit Payung. Sempatlah kereta tu mengarung air sekejab lepas keluar Exit Bukit Payong tu. Alhamdulillah tak apa-apa. Walaupun cuak juga sebenarnya. 
Ni gambar yang Chik Tie ambik masa atas highway. Sebab bukan Chik Tie yang memandu, sempatlah ambil  ^__^ 

Dalam 4 hari ni macam-macam perasaan di rasa. Hari ke-3 banjir dah mula rasa lega sebab banyak Pusat Pemindahan dah tutup. Tapi esoknya, angka tu dah makin bertambah, dan akhirnya daerah yang dilanda banjir pun makin bertambah.  Semoga kawan-kawan Chik Tie yang di daerah diberikan kekuatan, dan kesihatan, serta dilindungi Allah untuk menjalankan tugas.
Semoga banjir di Terengganu dan Kelantan akan segera pulih.  Dan begitulah aturan-Nya. Pembukaan 2017 yang penuh cerita, pengalaman, dan sarat pengajaran.

8 thoughts on “Tengkujuh Januari

  1. Subhanallah…
    Semoga perjalanan Chiktie selamat dan dipermudahkan.

    Err…biasanya musim tengkujuh ni musim makan ikan darat.

    Hehehe

  2. Alhamdulillah, selamat tiba walaupun dengan debaran. Dengan hujan lebat, bila exit kat highway berdebar juga tengok air dah penuh kat jalan. Tawakal je redah, alhamdulillah ada lori yang tolak air tu. Kami ngekor kat belakang hihi. Demi tugas, redah je lah banjir tu hihi

    Tak jumpa ikan darat lagi haha. Dok membeku dalam bilik gerakan haha

  3. masa terkandas rasa scary jugak kan.. tapi bila dah lepas, jadi pengalaman berharga. InshaAllah. Alhamdulillah di Terengganu hari ni tinggal 2 pusat yang masih buka. Cuma sebelah malam air naik kat area pantai, air pasang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.