Sepasang Kasut dan Selipar Jepun

Mengantikan Entry lama yang hilang …

Ulasan buku:

Tajuk :  Sepasang Kasut dan Selipar Jepun (di bumi abu sayyaf)
Penulis:  Jackson Sawatan

Buku ini berkisar tentang pengalaman penulis yang membuat liputan tentang penculikan di Pulau Sipadan oleh kumpulan Abu Sayyaf.  Dalam bab-bab terawal,  penulis menceritakan tentang perjalanannya menuju ke Pulau Jolo.  Selain itu,  diperincikan juga tentang peristiwa penculikan tersebut.  Semakin membaca buku ini,  rasa ingin tahu terhadap cerita-cerita selanjutnya semakin tinggi.  Penulis berjaya mengajak pembaca untuk turut sama merasai detik-detik cemas yang dilalui,  membayangkan kesukuran yang dialami,  dan kadang-kala tersenyum dengan jenaka yang diungkapkan pada-pada waktu cemas.

Judulnya yang ringkas tetapi menarik,  “Sepasang kasut dan selipar Jepun”  memanggil saya untuk membaca buku ini.   Buku ini bukan sekadar satu catatan kembara seorang wartawan yang pernah terperangkap dalam kepungan kumpulan Abu Sayyaf.   Malah,  ia memberikan semangat dan definasi perjuangan hidup yang baharu.  Penulis juga menerangkan tentang kerjaya wartawan yang sering disalah ertikan.   Paling terkesan dengan kata-kata dalam buku tersebut,   seperti berikut;

Wartawan ialah mereka yang duduk di pinggir peristiwa.  Mereka bukan sebahagian daripada peristiwa itu tetapi mereka ada di sana untuk merakamkan apa yang berlaku,  siapa yang terlibat,  bila,  bagaimana,  kenapa,  dan di mana peristiwa itu berlaku.  Kadang-kadang mereka menjadi mangsa kepada peristiwa yang sepatutnya tidak ada kena mengena dengan mereka secara peribadi.  (m.s 4)


Petikan tersebut dapat membetulkan tanggapan negatif masyarakat terhadap wartawan.  Wartawan sering dianggap suka mengada-gadakan cerita.  Namun dengan pen jelasan penulis,  pembaca dapat memahami kerjaya wartawan yang penting dalam masyarakat.


Selain itu,  penulis mengambarkan kesukaran hidup di Jolo ini.  Nyawa tiada nilai di sana.  Senjata diperolehi dengan mudah.  Malah,  keluarga yang tidak memiliki senjata tidak dihormati.  Sistem perhubungan juga  sukar dan terhad.    Keadaan ini menambahkan lagi tugas penulis dan rakan-rakan wartawan untuk menyampaikan berita dengan pantas.  Pada bab-bab terakhir,  penulis memberikan maklumat yang terbaru.  Ketua Abu Sayyaf,  Komander Robot yang berakhir dengan kematiannya di penjara selepas melancarkan pemberontakan.


Pada akhirnya,  dunia mengenali Galib Andang hanya sebagai Komander Robot yakni lelaki yang terlalu lama hidup bergantung kepada senjata yang akhirnya tewas juga kerana senjata.  (m/s 117)


“ Sepasang Kasut dan Selipar Jepun”  bukanlah sekadar catatan pengalaman peribadi,  ia lebih kepada buku yang membekalkan pengetahuan dan mencatatkan peristiwa sejarah yang pernah diukir.  Membaca buku ini,  membawa pelbagai pengetahuan tentang peristiwa penculikan di Pulau Sipadan pada 23 April 2000.

Leave a Reply

4 Comments on "Sepasang Kasut dan Selipar Jepun"

avatar
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Mama Murai
Guest

Assalaamu`alaikum saudari.
Ini kunjungan pertama saya ke blog saudari. Minta izin untuk membaca kandungan artikel di dalamnya ye. Saya bersetuju dengan saudari, buku itu kaya dengan nilai motivasi sekiranya diterjemahkan dalam konteks itu. Pengalaman yang dilalui oleh penulis menjadi sumber inspirasi kepada saya (saya membaca buku tersebut daripada salah seorang kawan).

Salam manis daripada saya dan selamat tahun baharu 2011

MrsAyie
Guest

@Mama Murai, Waalaikumusalam…

Terima kasih sudi berkunjung 😉 Teruskan membaca sebab memang tujuan asal menulis untuk dibaca dan dikongsikan manfaatnya.Harap lebih ramai yang baca karya-karya bermutu dan bukan hanya memilih bahan bacaan ringan dan picisan.

Selamat Tahun Baharu 2011 kembali 🙂 semoga lebih berjaya di tahun ini. InsyaAllah

Ben
Guest

memang minat nak baca buku-buku macam nie…
mcm nak dptkan…
blh beli online tak?

MrsAyie
Guest

Sebenarnya kat kedai-kedai buku memang ada buku-buku macam ni. Hari tu ada nampak kat Popular, & Muda Osman. Saya beli buku ni kat aras bawah Dewan Bahasa & Pustaka.. Kalau online boleh juga dapat kat link ni