Seindah Mawar berduri

Novel “Seindah Mawar Berduri” karya Fatimah Syarha.
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2009


Ringkas tentang Fatimah Syarha;

Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi.

Karya pertama beliau ialah ‘PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA’ bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor ‘ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH’. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006.

(Dari kulit belakang novel Tautan Kasih)

Ulasan

Novel “Seindah Mawar Berduri”  mengisahkan keperibadian muslimah yang hati dan cintanya didambakan pada Allah.  Ketaatan Khazinatul Asrar kepada Allah melebihi segala-galanya.  Penulis mengarapkan watak ini sebagai seorang wanita Islam yang amat menjaga agama,  akhlak,  dan budi pekertinya.   Khazinatul Asrar merupakan pelajar universiti yang mementingkan pelajaran,  tetapi dalam masa yang sama tidak pernah lupa pada tanggungjawabnya mendidik jiwanya dan jiwa rakan-rakannya tentang Islam.

Khazinatul Asrar sentiasa berpendirian teguh dalam menjaga akhlaknya serta sentiasa mendahulukan Allah dalam setiap keputusan.  Hatinya teguh menahan godaan syaitan daripada hanyut dalam perhubungan dengan lelaki.  Malah ketika Tsabit,  Mukhlisin,  dan Asraf begitu tertarik dan cuba menawan hatinya,  Khazinatul Asrar bertegas untuk mengawal diri daripada cinta sesama manusia.  Dugaan demi dugaan yang dilalui Khazinatul Asrar dalam mempertahankan prinsip hidupnya,  namun dia tetap tabah.


Keperibadian Khazinatul Asrar bukan sahaja dikagumi orang yang menyayangi dirinya,  malah dapat melembutkan hati yang selama ini keras untuk menerima nasihat dan berjaya meleburkan amarah orang lain dengan sifatnya yang terpuji.  Hijiriah,  sahabat baik Khazinatul Asrar sendiri akhirnya berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik hasil daripada kehemahan wanita itu menyampaikan dakwah dan nasihat.  Indahnya peribadi Khazinatul Asrar.  Alangkah baiknya jika lebih ramai wanita Islam termasuk diri ini juga mencontohi keperibadiannya.  InsyaAllah.

Keindahan cinta kerana Allah dialami oleh Khazinatul Asrar apabila Mustaqhim melamarnya pada umi dan abahnya.  Keikhlasan dan keperibadiaan pemuda itulah yang menambat hati Khazinatul Asrar untuk menjadi isterinya.   Bacalah novel ini,  hayati,  dan dekatinya.  Tidak semua novel melalaikan.. novel-novel seperti inilah yang diperlukan untuk menyegarkan kembali kekusaman hati generasi kini termasuk aku juga.

Klik sini <—– untuk sinopsis dan huraian tentang novel ini.

2 thoughts on “Seindah Mawar berduri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.