Segmen deko pun bermula

Alhamdulillah. Chik Tie dah selesai satu tugasan dalam #dekodekorumahsns . Minggu ni Chik Tie balik Teluk Kalong. Dapatlah selesaikan sesi memilih kemasan lantai dan sebagainya.  Bila banyak banyak macam ni, mulalah rambang mata. Mula-mula masuk tak tahu nak pilih yang mana. Hilang punca kejab, nasib baik cepat kembali ke tujuan asal.
 

Chik Tie gi kedai jubin di Kijal, Kemaman. Nanti Chik Tie review lokasi dan nama kedai ni. Memang banyak pilihan, harga mampu milik. Layanan pun terbaik.  Sangat mudah memilih. Tinggal bawak budget je lah hihi.

 

Sekarang ni tengah offer untuk jubin tertentu. Jadi sangat kenalah masanya bila beli waktu offer kan. Dah jimat kat situ.

 

Ni antara pilihan untuk backsplash dan ada juga yang letak untuk kemasan dinding bilik air, bergantung pada keselesaan masing-masing kan.

Gambar atas dengan bawah ni pilihan akhir untuk ruang tamu. Setelah berbincang dari hati ke hati gitu, Chik Tie pilih yang gambar atas.

 

Yang gambar atas ni chik Tie pilih untuk backsplash kat dapur. Warna warna selamat je Chik Tie pilih. Sebab memang suka warna warna macam ni. Terutama di dapur. Sebab kita yang nak duduk lama kat dapur kan. Kena pilih betul betul. Baru semangat nak memasak. Gitu.

Mix and match table top dengan back splash. Okaylah kot. Hahhaa. Malas dah nak memikirkannya. Yang penting cepat beli, cepat pasang, cepat siap 😛

Yang ni untuk lantai dapur.  Rumah yang beli tu dah ada kemasan lantai kat dapur, tapi dah kotor, dan agak tak puas hati. Jadi alang-alang nak buat, pasanglah balik.

Warna ni untuk bilik, warna kelabu lembut. Kat dalam ni nampak putih pulak sebab cahaya.  Semua bilik guna yang ni. Sebab apa pilih kelabu, sebab putih cepat nampak kotor. Nanti Chik Tie stress asyik rasa nak mengemop je, Warna ni selamat sikit.

 

Sebenarnya niat di hati berkenan yang ni untuk back splash dapur. Tapi setelah ditimbang tara budget, Chik Tie tak jadi nak ambik yang ni. Sob sob.Ingat nak beli yang jenis ni, susun selang seli macam pesen sekarang tu. Tapi tak apalah. Yang Chik Tie pilih tu cantik apa 😛
Itulah serba sedikit pengalaman Chik Tie kali pertama pilih Jubin sendiri. Ternyata tak mudah. Kena kira kos itu ini, senang pasang atau tak, keluasan nak kena kira, dan kena fikir untuk jangka panjang dalam masa yang sama cantik.

9 thoughts on “Segmen deko pun bermula

  1. perkhh…
    dah lama maza tak buat kerja2 begini.

    dulu2 masa ada rumah bawah, pernah jugalah membuat kerja mencantikan rumah dan dapur utk isteri di rumah. sekarang ni duduk rumah merapati..jadinya nak berhias pun terhad.. hehehe

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.