Jom Kongsi Artikel Ini

Semalam Chik Tie ada kongsi menu untuk berbuka. Hari ni Chik Tie kongsi lah serba sedikit resepi Ikan Percik Merah ala Chik Tie. Semoga bermanfaat untuk semua.¬† Kalau ikan Chik Tie suka percik merah, kalau ayam Chik Tie suka buat Percik Putih. Ikut selera masing-masing. ūüėČ Jom kita tengok resepi Percik ala chik tie. Selamat mencuba

Resepi Ikan Percik Merah Ala Chik Tie
 
Bahan bahan
 
Ikan kembung 
6 cili kering
6 bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
asam keping 
gula 
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
 
Cara-cara
 
Letakkan garam kunyit pada ikan. Biarkan seketika sebelum dibakar.
Kisar cili kering, bawang merah, kunyit hidup dan halia dengan santan.  Masak  hingga pekat.Selepas itu, perasakan dengan gula, garam, dan masukkan asam keping.  Setelah itu, lumur kuah percik pada ikan 
 
Kuah percik dilumur pada ikan yang dibakar.  Bakar dan ulang langkah lumur kuah percik sehingga kuah melekat pada ikan. 
 
 
Selamat mencuba semua. Cuba masak dulu. Dah azan Magrib baru cuba rasa tau tau. takut terlupa pulak
 
Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    2 Ulasan

  1. encikhafiz.com Mei 26, 2018 at 5:06 am Balas

    Terima kasih atas perkongsian resepi ini. saya singgah blog anda waktu lunch la pulak. teras panjang hari sabtu ni ya

    • sitinurhayati Mei 26, 2018 at 8:27 am Balas

      Tak aoa encik, puasa kita steady. Bayangkan mak mak yang pyasa, tapi masih masak untuk anak anak. Mereka lagi lah panjang hari nya hihi

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.