Raya di Wisma

Cerita raya belum habis. Minggu terakhir ni, banyak juga dapat jemputan rumah terbuka. Tak ketinggalan jemputan dari pejabat-pejabat  yang terdekat. Terima kasih atas jemputan dan ingatan. Kali ni cerita pasal raya di wisma pula.

Raya di Wisma

Raya ke-12, kami berhari raya di Wisma Negeri Terengganu. Chik Tie terlibat dalam jawatankuasa persiapan gerai makanan untuk pejabat Chik Tie. Setiap pejabat ada menu-menu raya yang disediakan. Menu di gerai pejabat Chik Tie adalah Nasi Dagang Terengganu

Antara ahli jawatankuasa persiapan tempat.  Ramai lagi, tapi masa ambil gambar ni ramai tengah sambung buat kerja. Tinggal beberapa orang yang jaga tempat ni.

Persiapan sebelum Majlis

Persiapan tempat kami buat dalam masa yang singkat disebabkan cuti hari raya.

Antara peralatan yang kami buat sendiri, cetak, ambil dari hiasan pejabat, dan ada jugak yang pinjam dari rumah kawan pejabat. Ada juga yang kami guna semula dari sambutan hari raya yang lepas.  Kreatif tak kami? Langkah penjimatan.

Binaan teratak tu, bengkel kami yang buat. Dalam masa sehari. Pergi pagi, petang pasang kat sini. Adui, memang kerja gila-gila kami ni. Rumput tiruan, dan kain langsir tu lah antara yang kami kena beli semula, yang lain kami guna mana yang ada

Kalau rumput tiruan tu boleh tutup penuh ruang tu lagi cantik. Tapi kerana tak nak membazir, kami guna setengah meter sahaja. Semeter harganya dalam Rm 90 lebih. Disebabkan Chik Tie ada kad ahli kedai, dapatlah kurang sikit harganya.

Ini kononnya kolam. Guna kain biru, lsusun batu batu kat tepi. Batu tu, beli di kedai jual pokok.  Satu beg besar dalam RM 18.00. Berat yang amat nak angkat.

Gerai makanan kami antara yang awal diserbu. Sampai beraturlah nak dapatkan nasi dagang ni. Jadi pukul 11.30 pagi, nasi dagang terengganu kami dah selamat dihabiskan. Nasib baik, Chik Tie sempat makan.  Kalau tak, merajuklah jawabnya.

 Petang sebelum majlis, tak boleh pasang semua, sebab dah mendung nak hujan. Pagi majlis baru kami siapkan.

Kerusi ni pun ambik kerusi lama pejabat yang ada kat ruang depan.  Ada lah ciri ciri desa tu. Bunga tu pun guna yang pejabat punya.

Kata kata  ni pun Chik Tie cetak kat pejabat, gunting, lepas tu laminated. Letak lidi, dah siap. Cucuk dalam bekas macam ni. Okay siap.

Mari kita bergambar

Lepas makanan habis, kami pun bergambar sajalah sambil tunggu pemenang gerai makanan diumumkan.

Dapatlah juga tempat ke-3. Alhamdulillah

12 thoughts on “Raya di Wisma

    1. hihi alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak. Makan dulu bulan ni, bulan depan diet 😛

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.