Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Semoga Ramadan kali ini dapat kita jalani dengan lebih baik, daripada tahun sebelumnya.

Tahun ni tahun ketiga Chik Tie berpuasa dengan suami di Kuala Terengganu. Jauh daripada ma abah, dan ayah umi. Pastinya kerinduan terhadap ibu bapa jadi semakin dirasa setiap kali Ramadan tiba. Terutamanya tahun ni tak dapat bersahur dan berbuka 1 Ramadan bersama kerana tuntutan kerja.

Puasa dan Solat

Salam Ramadan

Puasa tapi tidak Solat

“Puasa tapi tidak solat? Tak puasa nanti malu kat orang,tapi kalau tak solat? Macam mana orang puasa orang yang tidak solat?”

 

Sepanjang hidup kita, pastinya kita akan bertemu dengan pelbagai cerita,dan latar belakang orang. Tak terkecuali bila tiba bab solat, dan puasa.  Ada yang puasa, tapi tak solat. Ada juga yang solat bila tiba bulan puasa sahaja. Jadi, macam mana itu.  Jom kita doakan orang-orang sekeliling kita termasuk diri kita dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, dan dapat istiqamah dalam memperbaiki kewajipan dan amal ibadat kita.

Puasa dan Solat

Puasa tapi tidak solat

Beginilah ibaratnya bila kita puasa tapi tidak solat.  Namun, selagi diberi kesempatan masih ada ruang untuk kita memulakan perubahan. Solatlah sahabat-sahabat Chik Tie yang disayangi Allah. Solat itu kewajipan kita. Allah dah beri macam-macam nikmat hidup. Sangat banyak. Malah nafas yang kita ada ini adalah nikmat paling besar buat kita.

Apabila meninggalkan solat terasa biasa

Chik Tie pernah menonton channel Youtube Baim Paula, ada seorang gelandangan  yang dibantu oleh Baim menangis teresak-esak bila ditanya tentang solat. Sudah lama dia tak solat katanya. Tiada tempat berteduh, dan dia merasakan hidupnya susah. Baim carikan dia tempat tinggal, dan sebelum pulang, antara pesanan dan harapan Baim adalah supaya gelandangan tadi dapat kembali solat.

Ada pula satu kisah, orang ini kaya, dan berjaya.  Semua yang dia nak dia akan dapat. Semua yang dia usaha, alhamdulillah semuanya berjaya. Ada keluarga yang bahagia, ada kawan kawan yang baik. Tapi terasa hidupnya kosong. Rupanya dia merasa kosong kerana tidak solat. Terasa tidak lengkap. Waktu Ramadan dia berpuasa, tapi solatnya kadang-kadang buat, tapi kalau sibuk dia tidak solat. Apabila dia kembali melaksanakan solat, hatinya kembali tenang. Dirinya kembali rasa dipandu dan bahagia.

Ini antara kisah yang ada. Dan percayalah ada beribu kisah yang belum kita dengar.

Andai ada antara kita yang puasa tapi tidak solat, teruskanlah berpuasa, berusahalah untuk lebih menyempurnakannya. Alangkah indahnya bila puasa yang kita lakukan, kita kembali teguhkan pasak tiangnya dengan solat. Disulami pula lisan, penglihatan, dan perbuatan yang kita jaga. Ya Allah, semoga kami semua dapat memperbaiki diri kami, kewajipan kami, amal ibadat kami, dan anugerahkan kami Ramadan yang penuh makna, dan berkat buat kami.

 

Selamat berpuasa semua sahabat. Selamat menyempurnkaan puasa kita.

 

Salam Ramadan
chiktie.com

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    6 Ulasan

  1. ajumohit Mei 9, 2019 at 10:29 pm Balas

    salam ramadhan, terima kasih atas peringatan yang sangat bermanfaat ni, semoga ibadah puasa kita lebih baik dari sebelumnya

    • Chik Tie Mei 11, 2019 at 4:19 pm Balas

      Aminnn. Selamat berpuasa 😘😘😘

  2. encikhafiz.my Mei 13, 2019 at 8:41 am Balas

    Terima kasih atas lawatan ke blog encikhafiz yang lalu. Terima kasih juga atas artikel yang menginsafi diri ini. semoga ramadhan ini lebih bermakna

    • Chik Tie Mei 13, 2019 at 11:11 am Balas

      Sama-sama. Salam Ramadan. InsyaAllah semoga mendapat keberkatan dan rahmat Allah

  3. Siti Rabiah binti Adnan Mei 14, 2019 at 1:52 am Balas

    selamat berpuasa chiktie !! terus kongsikan artikel menarik macam ni ya.. hee~ btw !! akak dah klik semua iklan ya..

    • Chik Tie Mei 14, 2019 at 7:04 am Balas

      Selamat berpuasa kembali. InsyaAllah, semoga bermanfaat. Terima kasih sudi bertandang.

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.