Padat ilmu

Assalamualaikum.

APa khabar?  Harap semuanya sihat sahaja dan berada dalam rahmat Allah sentiasa.  Sebelum ini,  saya banyak mendedahkan pandangan saya tentang novel-novel yang agak sarat dan berat.  Menuntut pemikiran secara kritis untuk mencedok ilmu yang terkandung.  Apa kata kali ini,  saya dedahkan pula kawan-kawan dengan satu majalah yang kelihatan santai tetapi padat dengan ilmu pengetahuan.  Kalau mahu membeli majalah,  laburkanlah wang anda untuk majalah Anis ini.  Bukan sekadar majalah picisan,  malah majalah ini banyak membincangkan isu-isu yang sebenarnya sedang berlaku di sekeliling kita.

Belek dan bacalah,  kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu antaranya ilmu agama,  sirah nabi,  kesihatan,  keibu bapaan,  dan pengetahuan am yang termuat dengan padat di dalam majalah ini.  Hati menjadi tersentuh dengan kisah-kisah muslimah yang berjuang untuk mengubah  diri untuk menjadi muslimah yang mulia di sisi Allah.  Malah ramai penulis bergabung dalam satu majalah,  mengutarakan pandangan,  curahan ilmu,  dan perkongsian mereka.

4 thoughts on “Padat ilmu

  1. tak pernah beli tapi ada dapat buku ni dri kakak suri hee..pengisian yang padat mmg suri setuju :).lebih2 lagi pendekatan pada agama dan sahsiah diri 😐

  2. Assalaamu`alaikum MrsAyie,
    saya setuju kalau buku ini sarat dengan ilmu yang kadang-kadang tidak kita ketahui. Sebab itulah saya menjadi pembaca setia majalah ini disamping dara + mingguan wanita.. Surirumah macam saya nie, kenalah selalu membaca, kalau tak ketinggalan pulak.

    1. @Mama Murai, waalaikumusalam.

      Bila belek dari satu muka surat ke muka surat yang lain, ada banyak sebenarnya yang kita tak tahu tapi menjadi tahu. Saya suka majalah ni sebab tak sarat dengan iklan sangat. Dulu saya ada koleksi dara, tapi dah lama tak baca majalah tu.

      -Setuju, tak kira lah apa pun dan siapa pun kita. Membaca tu penting, mencambahkan pemikiran, meluaskan pandangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.