Jom Kongsi Artikel Ini

Merdeka !

Laungan 31 Ogos sejak merdeka 61 tahun yang lalu. Alhamdulillah. Diizinkan merasa nikmat merasai kemerdekaan Malaysia.  Semoga negara kita, terus berada di bawah payung rahmat Allah.

Walaupun tak dapat bersama-sama dalam acara perarakan, semangat menyambutnya sentiasa berkobar-kobar dalam hati kami.  Kalau kita tak sayangkan negara kita, siapa lagi bukan? Konflik-konflik yang melanda negara kita tidak boleh memudarkan semangat cintakan negara Malaysia.  Gunakanlah kebijaksanaan dalam penuh tertib untuk menunjukkan rasa peduli dan kasih sayang kita terhadap negara.

Chik Tie berharap, anasir-anasir negatif cepat menghilang dari menganggu gugat keamanan negara kita.  Selain itu,  besar harapan semoga dapat melihat perubahan sikap rakyat Malaysia ke arah yang lebih positif dan saling menghormati.  Contohnya,  kemas meja selepas makan di restoran, beri isyarat apabila hendak ke kanan atau kiri, tak lagi buang sampah dari kenderaan,  beri laluan kepada yang lebih memerlukan, dan banyak lagi.  Sikit sikit berubah, lama lama makin bertambah molek kita. Jom sama-sama mulakan perubahan, dari hal kecil, kepada hal yang lebih besar.

Ayuh. Kita pasti boleh.

Merdekanya kita

31 Ogos

Bukan sekadar untuk diraikan
Tidak juga hanya laungan
Kemerdekaan
Dihayati
Kebebasan
dibatasi
Kemajuan
disyukuri

31 Ogos
Tidak sekadar hitungan
Bukan juga hanya hari
Lambang perjuangan
Kebijaksaan
Kewibawaan
Keikhlasan

Selamat Hari Kemerdekaan ke-61 buat semua.
Sayangi Malaysiaku.

 

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    2 Ulasan

  1. wan September 5, 2018 at 3:18 pm Balas

    Merdeka dan terus merdeka…

    • Siti Nurhayati (Chik Tie) Oktober 7, 2018 at 4:17 pm Balas

      aminnn

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.