Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum.

Semangat menjahit itu perlu ada walaupun tak indah hasilnya.  Cuba dan terus cuba.  (Kata-kata semangat daripada diri sendiri untuk diri sendiri).  Hari minggu yang lepas mengisi masa lapang dengan melembutka jari jemari yang keras.  Walaupun orang lain punya lebih cantik dan kreatif, kita perlu yakin diri bahawa setiap usaha menjahit kita itu adalah kejayaan. (sambil senyum simpul).

 Bahan-bahan:  Gunting (tak perlu sampai tiga, prop sahaja) ; Benang, Jarum,  Pensil,  dan kain (yang lembut dan beralun).

 Tekapkan apa-apa saja yang permukaan bentuk bulat (gelas pun boleh).

Gunting mengikut ukuran tadi.

Sediakan dalam sekurang-kurangnya 10 keping kain yang digunting bulat.  Lagi banyak bilangan keping,  makin cantik bunganya.

Abaikan bentuk bulat yang tak berapa bulat.

*  Letak sekeping kain bentuk bulat sebagai bahagian asas bunga.

 

Kemudian ambil kepingan kain yang kedua,  dan lipat sekali lagi sehingga berbentuk kon seperti gambar di atas.

 

Jahit kepingan kain yang berbentuk kon di atas kain bentuk bulat yang asas tadi.

Ulangi langkah yang sama sehingga penuh bahagian kepingan bulat tersebut.  Selesai lapisan pertama,  tindan kepingan kon untuk lapisan kedua dan seterusnya.

Sehingga ia berbentuk seperti ini.  Seperti yang saya tulis tadi,  semakin banyak kepingan kain,  semakin rimbun dan cantik bunga itu.

 

 Semakin lembut kain yang digunakan,  semakin cantik bunga itu beralun. 😉

* Boleh letak dekat hiasan hantaran,  hiasan di pelamin DIY (harap dapat buat pelamin sendiri satu hari nanti),  boleh juga buat bunga tangan tapi kena tambah dawai dan aksesori lain. Kalau buat ukuran kecil,  boleh jahit pada baju.

*Selamat mencuba. Be creative, be brave. Berani mencuba walau hasilnya kecil

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    23 Ulasan

  1. nabilah_2908 Mac 12, 2012 at 4:08 pm Balas

    cantiknya.. 🙂

    sy pernah tgk juga..org buat bungan macam ni tapi guna kertas tisu..

    • Miss Yati Mac 12, 2012 at 5:15 pm Balas

      terima kasih..

      Yeep. Dari kertas tisu ada, dari kain felt pun ada. Bervariasi sekarang ni. Coklat pun boleh jadi bunga tangan.

  2. tehr Mac 12, 2012 at 8:35 pm Balas

    Kiranya ini kali pertama
    Dah memang sangat berjaya

    Tahniah dan teruskan berkreatif

    • Miss Yati Mac 12, 2012 at 9:17 pm Balas

      Ya, cuba-cuba sambil isi masa lapang hari minggu. Terima kasih sebab nampak seninya walaupun tak sempurna hehe.

  3. akubiomed Mac 13, 2012 at 12:54 am Balas

    Cantik bunga yang dihasilkan. Saya sekarang ini ambil masa lama untuk masukkan benang ke dalam lubang jarum. 🙂

    • akubiomed Mac 13, 2012 at 12:55 am Balas

      p/s: Saya macam tidak kena apabila meninggalkan komen di blog ini macam dihalang sebagai spammer.

      • Miss Yati Mac 13, 2012 at 9:43 am Balas

        nanti Yati check apa yang tak kena. Maaf ya.

      • chii Mac 13, 2012 at 1:16 pm Balas

        kalau chii guna google chrome ..mmg x leh nak komen..kena guna IE baru ok

        • Miss Yati Mac 13, 2012 at 6:53 pm Balas

          Alahai apa pulak masalah. Yati update dan balas komen guna google chrome jugak ni. Okay pulak. Nanti check.

    • Miss Yati Mac 13, 2012 at 9:43 am Balas

      Terima Kasih, hehehe…yati mula2 nak masukkan jarum pun susah jugak.. putus asa pun ada. Tapi bila dah berjaya, rasa puas hati.

  4. chii Mac 13, 2012 at 1:15 pm Balas

    memang cantik..tp kalau gunakan warna yg terang..mesti lagi menarik kan..

    • Miss Yati Mac 13, 2012 at 6:53 pm Balas

      Yeep.. mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing. 😉 Ada orang suka warna terang, dan ada orang suka warna pastel. Apa yang penting kita rasa seronok 😉

      *warna terang dah guna ni, tapi sengaja gelapkan.. nanti tak suprise lah bila nak guna hehe.

  5. fiezaradzi Mac 19, 2012 at 5:29 pm Balas

    menarik.. macam best je.. nak try la nanti..

    • Miss Yati Mac 19, 2012 at 6:25 pm Balas

      cuba jangan tak cuba.. nanti kongsi sekali gambar hasilnya 😉

  6. Jobless Girl Mac 21, 2012 at 10:10 am Balas

    Kalau guna color yang sharp lagi cantik.. Terus berusaha.

    • Miss Yati Mac 21, 2012 at 6:52 pm Balas

      Ya, kalau guna striking colour lebih menonjol. Tapi ada orang memang suka warna pastel. Bergantung kepada kreativiti, identiti, dan kegunaan sesuatu kraf 😀

  7. Mekar Mac 23, 2012 at 1:57 pm Balas

    Adik sya bertunang baru2 ni pun buat bunga macam ni tapi guna kertas tisu. Buat deco untuk hantranan dan pelamin. Kami sungguh puas hati sebab semuanya buat sendiri

    • Miss Yati Mac 23, 2012 at 7:51 pm Balas

      Yeep, kertas tisu pun boleh. Yati tengah usaha nak cari kertas tisu tu sebab tak tahu mana nak beli kat sini hehe. Betul tu, bila kita DIY, rasa sangat puas hati. 😉

  8. suri November 28, 2012 at 10:58 pm Balas

    salam..
    pernak lihat dri buang baik buat diy mmg hebat hasilnya

    • Miss Yati Disember 1, 2012 at 7:27 pm Balas

      😀 kalau rajin banyak benda jadi hehe

  9. wawa Januari 26, 2013 at 8:30 pm Balas

    bole x wat tutorial tuk ni? xbrpe jelas yg bhgian jahit 2….

  10. wawa Januari 26, 2013 at 8:31 pm Balas

    :kenyit

  11. sitiidzyan April 3, 2013 at 4:46 pm Balas

    tanx 4 the info yati..sy masukkn link ni dlm blog saya..kalau free2 meh la jln kt blog saya

    http://siy.blogspot.com/

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.