Menanti Matahari <3

Siapa suka tengok pemandangan tepi pantai, terutama waktu pagi? Kita geng. Chik Tie suka luangkan masa terutama waktu tengah cuti dengan menikmati waktu pagi di pantai. Sangat tenang, damai. Udara pun segar lagi. Bagi Chik Tie, tiap terbitnya mentari, menandakan satu lagi peluang, nikmat, dan permulaan hari baru yang masih diizin Allah untuk kita jalani.Satu hari lagi diizinkan untuk memperbaiki, untuk berusaha, dan untuk bersama kesayangan kita. Gitu. Kali ni Chik Tie bawa yang baca ni menikmati pagi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Pantai Batu Buruk ni antara tempat tumpuan di Kuala Terengganu. Tiap petang lepas waktu kerja, dan hari cuti, ramai yang luangkan masa di sekitar pantai ni. Kadang-kadang ada aktiviti besar juga di sini, macam pertandingan, jualan, dan macam macam lagi. Jadi, pantai ni memang ramai tak kiralah hari kerja ke hari cuti. Cuma kalau datang awal pagi macam ni, tak lah ada ramai. Macam Chik Tie, suka datang awal pagi macam ni.  Lebih tenang, dan tenteram.

Dan yang paling penting, bukan semua kawasan di pantai ni boleh mandi manda. Jadi, berhati-hati ya. Utamakan keselamatan. Ni antara gambar yang CHik Tie sempat ambil di Pantai Batu Buruk,  Kuala Terengganu.

 

4 thoughts on “Menanti Matahari <3

  1. Yup, bila balik Terengganu.. mesti singgah Pantai Batu Burok takpun pantai kekabu,
    kebetulan umah mertua di Marang..
    memang best layan permandangan gini

    1. Wah, dekat dengan rumah Yati kat chendering. Pantai Pandak pun cantik. Kalau hari minggu biasa lepak tepi jugak kat Restoran maidah rusila tu. pantai situ pemandangan pagi cantik

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.