
Assalamualaikum, hai.
Hujung minggu ni ada yang jalan-jalan cari makan kan? Jadi Chik Tie sengaja wujudkan kategori Makan di mana untuk memudahkan kawan-kawan semua. Kali ni Makan di mana: Nasi Kerabu Ayam Percik.
Makan di mana: Nasi Kerabu Ayam Percik.
Ada yang ada rancangan nak datang Terengganu nanti? Meh Chik Tie nak bisik sikit pasal Makan di mana: Nasi Kerabu Ayam Percik ni. Chik Tie pun baru je tahu pasal tempat ni, masa tiga minggu lepas. Suami Chik Tie yang bawak. Biasa lalu, nampak orang ramai tapi tak pernah singgah.
Chik Tie pergi hari Jumaat, pagi-pagi lagi dah gigih nak cari sarapan. Kena pergi awal kalau hari Jumaat sebab kalau lambat, ramailah pulak. Chik Tie pilih Nasi Kerabu Kambing Bakar, suami pulak makan Nasi Minyak Ayam Goreng. Masa tu kena tunggu sekejab sebab kambing belum masak. Iyalah awal pagi lagi kan. Chik Tie tak kisah menunggu demi sesuap kambing bakar 😛
Nasi Minyak. Menu wajib sarapan orang Terengganu
Nasi Minyak kat kedai ni Chik Tie belum rasa. Nanti Chik Tie dah rasa bolehlah bagi markah.
Nasi Kerabu Kambing Bakar. Menu yang sinonim dengan ore Kelate macam Chik Tie ni. Hihi. Chik Tie ambil bawang putih jeruk, Telur Masin, Lada Solok, dan ulam ulaman. Tambah dengan kambing bakar. Boleh pilih nak lauk apa ikut selera. Contohnya daging bakar, ayam bakar, ayam goreng, atau ikan goreng celup tepung. Kambing bakar dia agak banyak juga lah ya. Jenuh juga Chik Tie nak habiskan sorang, sebab suami tak boleh makan kambing.
Walaupun nama Kedai ni Nasi Kerabu Ayam Percik, tapi pelbagai pilihan lagi ada di kedai ni. Nasi kerabu, nasi lemak, nasi minyak, dan kuih muih. Jadi tak perlu risau, banyak pilihan. Nampak kedai biasa-biasa, tapi hidangan ada kelas okay.
JALAN NAK KE KEDAI NASI KERABU AYAM PERCIK
Kalau dari arah Kuala Terengganu, selepas Jambatan Kuala Ibai, jalan terus je macam nak ke Bandar Marang. Akan nampak Asrama Rusila kat sebelah kanan, dan banyak kedai kedai keropok, kedai runcit sebelah kiri (sebelah pantai). Cari sign board Nasi Kerabu Ayam Percik di sebelah kiri. InsyaAllah akan jumpa. Kalau dari arah Marang, kena buat u-turn lah ya. Nanti kalau ada masa Chik Tie ke sana, Chik Tie cuba pin lokasi. Senang sikit kawan-kawan semua nak cari.
Sekian.
Selamat menjamu selera 😉
Kalau ke sana nanti boleh singgah tempat ni..
A-ah cari jangan tak cari. Kedai ni tepi jalan je. CUma ramai orang tak perasan sebab kedai ni macam kedai dulu dulu. Kayu, style meja panjang kedai makan dulu-dulu. Tapi hidangan dia. Mantap
favorite sy tu nasi kerabu tu..next time ke Ganu, pasti kena cari
salam kenal dari http://www.umifuzy.com
Kan, nasi kerabu ni tak lapuk dek zaman. Gitu. Silakan singgah, kedai tepi jalan besar je. Salam kenal kembali
singgah sini,,, sedapnya nasi kerabu lauk pulak ayam percik
Kan. Rasa macam nak masak nasi kerabu ayam percik pulak petang ni hihi
emm ni memang dah dekat dengan kg wife..
boleh cuba one fine day..
Yeep boleh cuba. Rate harga dari RM 12 – RM 16 gitu kalau kambing
Selalu beli Nasi Kerabu dekat Pasar Malam. 🙂
Hihi kalau malam kat sini ada jugak kat pasar malam. Kalau pagi, jarang jumpa yang jual Nasi Kerabu kat terengganu. Tu bila jumpa yang kena dengan selera jauh pun pegi hihi
Tengok saja dah terliur.. Tempat saya biasa makan area kuala terengganu, belum pernah lagi rasanya cuba kat area sini.. 🙂 Tq sharing…. Nampak sodappp
A-ah area rusila, bandar marang, kelulut, pulau kerangga, banyak jugak tempat sarapan best. Nanti boleh cuba
lama x mkn..sedapnyaaa
Sesekali rasa. Tu yang nikmat nya. Kalau hari hari bahaya hihi
sedapnya……. payah nak dpt yang sedap kalau kat kl
Tu lah. Masa dok KL dulu memang balik Kampung cari makanan yang susah nak cari di sana