Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum, hai.

Hujung minggu ni ada yang jalan-jalan cari makan kan?  Jadi Chik Tie sengaja wujudkan kategori Makan di mana untuk memudahkan kawan-kawan semua. Kali ni Makan di mana:  Nasi Kerabu Ayam Percik.

Makan di mana:  Nasi Kerabu Ayam Percik.

Ada yang ada rancangan nak datang Terengganu nanti? Meh Chik Tie nak bisik sikit pasal Makan di mana: Nasi Kerabu Ayam Percik ni.  Chik Tie pun baru je tahu pasal tempat ni, masa tiga minggu lepas.  Suami Chik Tie yang bawak. Biasa lalu, nampak orang ramai tapi tak pernah singgah.

Chik Tie pergi hari Jumaat, pagi-pagi lagi dah gigih nak cari sarapan.  Kena pergi awal kalau hari Jumaat sebab kalau lambat, ramailah pulak. Chik Tie pilih Nasi Kerabu Kambing Bakar, suami pulak makan Nasi Minyak Ayam Goreng.  Masa tu kena tunggu sekejab sebab kambing belum masak.  Iyalah awal pagi lagi kan. Chik Tie tak kisah menunggu demi sesuap kambing bakar 😛

Nasi Minyak. Menu wajib sarapan orang Terengganu

Nasi Minyak kat kedai ni Chik Tie belum rasa.  Nanti Chik Tie dah rasa bolehlah bagi markah.

Nasi Kerabu Kambing Bakar. Menu yang sinonim dengan ore Kelate macam Chik Tie ni. Hihi. Chik Tie ambil bawang putih jeruk, Telur Masin, Lada Solok, dan ulam ulaman.  Tambah dengan kambing bakar.  Boleh pilih nak lauk apa ikut selera.  Contohnya daging bakar, ayam bakar, ayam goreng, atau ikan goreng celup tepung. Kambing bakar dia agak banyak juga lah ya.  Jenuh juga Chik Tie nak habiskan sorang, sebab suami tak boleh makan kambing.

Walaupun nama Kedai ni Nasi Kerabu Ayam Percik, tapi pelbagai pilihan lagi ada di kedai ni. Nasi kerabu, nasi lemak, nasi minyak, dan kuih muih.  Jadi tak perlu risau, banyak pilihan. Nampak kedai biasa-biasa, tapi hidangan ada kelas okay.

JALAN NAK KE KEDAI NASI KERABU AYAM PERCIK

 Kalau dari arah Kuala Terengganu, selepas Jambatan Kuala Ibai, jalan terus je macam nak ke Bandar Marang. Akan nampak Asrama Rusila kat sebelah kanan, dan banyak kedai kedai keropok, kedai runcit sebelah kiri (sebelah pantai).  Cari sign board Nasi Kerabu Ayam Percik di sebelah kiri.  InsyaAllah akan jumpa. Kalau dari arah Marang, kena buat u-turn lah ya. Nanti kalau ada masa Chik Tie ke sana, Chik Tie cuba pin lokasi. Senang sikit kawan-kawan semua nak cari.

 

Sekian.
Selamat menjamu selera 😉

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    15 Ulasan

  1. Hafiz Oktober 13, 2018 at 5:05 pm Balas

    Kalau ke sana nanti boleh singgah tempat ni..

    • Chik Tie Oktober 14, 2018 at 7:35 am Balas

      A-ah cari jangan tak cari. Kedai ni tepi jalan je. CUma ramai orang tak perasan sebab kedai ni macam kedai dulu dulu. Kayu, style meja panjang kedai makan dulu-dulu. Tapi hidangan dia. Mantap

  2. fuzy hamid Oktober 14, 2018 at 12:36 am Balas

    favorite sy tu nasi kerabu tu..next time ke Ganu, pasti kena cari

    salam kenal dari http://www.umifuzy.com

    • Chik Tie Oktober 14, 2018 at 7:37 am Balas

      Kan, nasi kerabu ni tak lapuk dek zaman. Gitu. Silakan singgah, kedai tepi jalan besar je. Salam kenal kembali

  3. wani sukarno Oktober 14, 2018 at 11:15 am Balas

    singgah sini,,, sedapnya nasi kerabu lauk pulak ayam percik

    • Chik Tie Oktober 14, 2018 at 4:15 pm Balas

      Kan. Rasa macam nak masak nasi kerabu ayam percik pulak petang ni hihi

  4. Padin Oktober 14, 2018 at 12:31 pm Balas

    emm ni memang dah dekat dengan kg wife..
    boleh cuba one fine day..

    • Chik Tie Oktober 14, 2018 at 4:14 pm Balas

      Yeep boleh cuba. Rate harga dari RM 12 – RM 16 gitu kalau kambing

  5. akubiomed Oktober 14, 2018 at 6:46 pm Balas

    Selalu beli Nasi Kerabu dekat Pasar Malam. 🙂

    • Chik Tie Oktober 16, 2018 at 9:35 am Balas

      Hihi kalau malam kat sini ada jugak kat pasar malam. Kalau pagi, jarang jumpa yang jual Nasi Kerabu kat terengganu. Tu bila jumpa yang kena dengan selera jauh pun pegi hihi

  6. Ibu aried Oktober 15, 2018 at 8:13 pm Balas

    Tengok saja dah terliur.. Tempat saya biasa makan area kuala terengganu, belum pernah lagi rasanya cuba kat area sini.. 🙂 Tq sharing…. Nampak sodappp

    • Chik Tie Oktober 16, 2018 at 9:32 am Balas

      A-ah area rusila, bandar marang, kelulut, pulau kerangga, banyak jugak tempat sarapan best. Nanti boleh cuba

  7. jamaliah November 5, 2018 at 12:38 pm Balas

    lama x mkn..sedapnyaaa

    • Chik Tie November 7, 2018 at 8:14 am Balas

      Sesekali rasa. Tu yang nikmat nya. Kalau hari hari bahaya hihi

  8. azni November 13, 2018 at 9:31 am Balas

    sedapnya……. payah nak dpt yang sedap kalau kat kl

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.