Kehidupan Bahagia & Romantis

Assalamualaikum.  Alhamdulillah untuk pinjaman hidup di dunia untuk sehari lagi. Saya mahu berkongsi tentang satu lagi bacaan yang dapat memberikan manfaat dan ‘makanan’ jiwa.


Tajuk :  Wanita Solehah Mencipta Kehidupan Paling Bahagia & Romantis Di Abad Ini.

Susunan:  Raabeyah Abdul Latiff

Penerbit:  Pustaka Al-Ehsan


Pelbagai perkara dibincangkan dalam buku ini sebagai panduan tentang wanita Islam.  Antaranya tentang akhlak,  amalan,  iman,  aurat, batas pergaulan,  sehinggalah tanggungjawab dalam rumahtangga.  Terdapat juga pelbagai kisah,  dan pesanan Rasulullah untuk wanita yang mencari redha Allah.


Terdapat 31 bab dalam buku ini,  dengan jumlah muka surat sebanyak  196 muka surat.  Dalam bab ke 12,  tajuk yang dibincangkan ialah “Aurat adalah Maruah.”  Antara yang disentuh dalam tajuk ini ialah tanggungjawab seorang ibu dalam mendidik anak,  memuliakan darjat wanita dengan menutup aurat,  dan misi musuh Islam untuk merosakkan akhlak orang Islam.


Petikan dari Bab 12;


Jika kita tidak takut kepada Allah dan membuka aurat dengan mengangkat pakaian atau mengenakan pakaian yang sengaja membuat orang lain meransang,  bererti kita telah mengoyak hijab antara kita dengan Allah.  Dan balasannya,  tentulah keburukan yang diterima di dunia dan siksa yang akan ditimpakan kepadanya di akhirat.

(muka surat 89)

8 thoughts on “Kehidupan Bahagia & Romantis

    1. Betul. Kaum lelaki pun sesuai baca, sebab akan menjadi panduan dalam mendidik isteri dan anak-anak gadis mereka 🙂

  1. salam hujung minggu sahabat..
    apa khbar sihat ker?
    😉
    satu ctr yang menarik…sesekli bertukar bahan bacaan yang bgin apa slhn7a dri sllu baca bacaan mjlah ,,atau novel shaja heee

    1. @suri, alhamdulillah sudah semakin sihat dan cergas 😉 Sudah mula ‘bersilat’ di dapur.

      * Betul tu. Bahan-bahan bacaan macam ni perlu banyak diteliti. Bukan sekadar baca, tapi cuba lihat jalur-jalur di antara perkataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.