Jejak makanan

Cerita hari minggu selepas cuti panjang cuti kahwin, dan bersambung ke cuti tahun baru cina.  Sempat singgah makan di restoran Flavours Bangsar. Restoran milik Chef Riz, berhadapan dengan Bangsar Village.

 

Nampak chef Riz tengah masak masa mula-mula sampai. Okay, saya bagi 4/5 bintang untuk makanan di Flavours Bangsar. Eh, dah macam Masterchef pulak nak bagi bintang-bintang ni.

Saya order chicken chop dengan mashed potato dan saya pilih black paper untuk sos. Boleh katakan Chicken Chop ni antara rasa chicken chop yang saya akan sentiasa ingat. Suka semua yang ada kat dalam sajian ni. Dan yang penting, disapu licin oleh saya.

 Antara menu yang menjadi pilihan di Flavours Bangsar. Nasi Malaya. Rasa sedap. Tapi tak boleh komen sangat sebab tak menikmati betul-betul hidangan ni. *Cuit kakak punya order.

Nanti kalau berpeluang lagi ke Flavours Bangsar, nak cuba “Sticky Dates”. Kakak saya kata sodap jadi saya macam nak cuba lain kali. *nak cuba masa malam tu perut dah penuh*

 Hidangan kat sini dalam saiz yang agak besar. Jadinya insyaAllah akan kenyang.  Berbaloi untuk dinikmati dan dibayar.

Hazim makan Chicken Chop dengan fries. Sodap jugak.  Tomyam pun boleh tahan jugak rasa dia. Pedas yang sodap.

*Bertambah satu tempat makan pilihan saya di KL ni.

Leave a Reply

8 Comments on "Jejak makanan"

avatar
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
akubiomed
Guest

Tak boleh jadi semuanya sedap. 🙂

TehR
Guest

bangsarndah lama aku tak ke bangsar nindah lupa nak ikut jalan mananhuhu

fiezaradzi
Guest

berapa harga setiap hidangan ni? tak de ek? pergi bangsar kalau de hal je..haha.. dah lama tak singgah

Juan
Guest

sedap nihhh