Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum.  Harap sahabat semua sihat hendaknya.  Hujung minggu macam ni buat apa agaknya sahabat-sahabat semua?  Kalau selalunya hujung minggu kita selalu beriadah dan buat aktiviti yang mengeluarkan belanja,  apa kata minggu ni kita cuba buat aktiviti yang boleh menjimatkan belanja.

 

Malam tadi Miss Yati bosan tak ada aktiviti berfaedah.  Termenung sambil berfikir,  tiba-tiba dapatlah ilham nak berinovasi.  Jeling ke laci,  banyak tudung bawal yang dah lama tak pakai.  Ada yang tak pakai sebab koyak terkena saterika,  ada yang memang dah lama tak pakai sebab nipis sangat.  Idea pun datang. Tingggg..  Mula-mula,  selongkarlah almari, dan laci cari kain bawal yang dah tak pakai.

Langkah 1:  Ukur 

*  Untuk mudahkan kerja dan tak bazirkan kain,  lipat dulu kain dalam bentuk segi tiga mengikut ukuran yang diinginkan.

* Jadi kalau nak inner ni tutup sampai leher,  jadi ukurlah segi tiga yang nak dipotong itu mengikut ukuran lipatan sehingga ukuran yang kita inginkan.

* Tandakan ukuran panjang dan lebar yang mahu dipotong.

Langkah 2:  Potong/ Gunting

*  Gunting kain mengikut ukuran yang telah ditandakan tadi.

* Berhati-hati semasa mengunting, sebab kain bawal ni mudah ‘lari’ dan tertarik. Nanti senget pula kain kita.

 

 

Langkah 3:  Jahit (pilihan)

*  Jika mahukan kekemasan inner,  dan mengelakkan bahagian yang digunting tertarik benang,  bolehlah dikemaskan dengan jahitan.

* Miss Yati minta mak saudara yang tukang jahit tu jahit bahagian tepi dengan mesin kelim

 

 

Langkah 4:  Lipat (bentuk segi tiga)

*  Lipat tudung yang sudah dipotong kepada bentuk segi tiga. ( Mana tahu ada senget ke boleh betulkan.

Langkah 5:  Saterika

*  Saterika untuk menghilangkan kedut-kedut pada kain bawal dan untuk memudahkan bahagian muka dibentuk.

 

 

Langkah 6:  Ukuran muka

* Pakai inner ni sama macam nak pinkan tudung bawal biasa.

* Ukur bahagian muka mengikut keselesaan.

* Pinkan dengan jarum peniti untuk tandakan ukuran

 

Langkah 7:  Jahit

*  Jahit pada bahagian muka yang telah ditanda dengan pin.

* Sebelum matikan jahitan,  ukur sekali lagi dengan cuba pakai inner bawal ni. Kalau ketat boleh longgarkan,  dan kalau longgar,  silalah jahit ketatkan lagi.

* Matikan jahitan dengan kemas.

 

Inilah 5 helai inner bawal yang Miss Yati buat dalam ukuran sederhana,
(sampai ke leher).   Untuk yang hitam Miss Yati buat dalam ukuran besar sedikit untuk tutup bahagian leher bila pakai tudung bawal.

 

 

Inner bawal boleh dipakai sebagai;

* Bahagian dalam untuk tudung syria

* Bahagian dalam sebagai lapik tudung bawal yang nipis

* Bahagian dalam untuk shayla.

 

 

 Contoh pemakaian inner bawal dengan tudung syria

Contoh pemakaian inner bawal dengan shayla

 

 

PENTING:

* Jangan lupa pilih syria yang labuh.  Setakat ni Miss Yati jumpa syria yang labuh tutup bahagian dada dan belakang di satu kedai di Kulai. Pemiliknya orang Kelantan.   Jadinya, kalau nak beli kena hubungi Kak Ni untuk pesan. Tak jumpa lagi Syria saiz XL tu kat sini. Kalau ada orang kelantan yang tahu mohon kongsikan ya. 🙂

 

* Pakai Shayla yang tidak nipis dan pastikan shayla dilabuhkan pada bahagian dada dan belakang.

 

* Penting untuk kita ingat:

(i) Berpakaian longgar dan labuh

(ii) Pakaian tidak nipis

(iii) Labuhkan tudung menutupi dada dan bahagian belakang.

(iv) Tudung tidak nipis.

 

 

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    58 Ulasan

  1. Bazlaa Disember 3, 2011 at 5:13 pm Balas

    Creative..that’s right bebeyh..hihi..;)

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 5:17 pm Balas

      @Bazlaa, thanks darling ila 😉 Tadi tu kali pertama cuba pakai. Huhu

      • Bazlaa Disember 3, 2011 at 8:17 pm Balas

        @Miss Yati, Wlaupun kali pertama tp hslnye klas pertama..looks ok bebeyh..;)

  2. AyieBlog Disember 3, 2011 at 5:48 pm Balas

    Assalamualaikum, wah terbaiklah berinovasi macam inilah baru berbangga menjadi anak didik ( pok yie ).. hahahahaha, bagus2 berinovasi seperti saranan kerajaan :).. tingkatkan kualiti dan inovasi :).. hehehe syabas :D.. hehehe

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 5:56 pm Balas

      @AyieBlog, Waalaikumusalam. Terima kasih sifu. Pstt inovasi sebab kena berjimat :ketawa

  3. Rina AVAIL a.k.a cik betty Disember 3, 2011 at 5:58 pm Balas

    pandainya dia..x yah bazir duit beli..nnt akak pon nk cuba buatlah hehe

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 6:36 pm Balas

      Cubalah kak, senang dan boleh jimat. Daripada buang dan biarkan je tudung bawal tu kan. Good Luck kak.

  4. titan Disember 3, 2011 at 6:24 pm Balas

    wahh, rajinnya menjahit. 😀

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 6:37 pm Balas

      Baru nak rajin, rugi pulak kan dulu tak rajin kalau tak boleh tambah kemahiran dah.

  5. adele.. Disember 3, 2011 at 6:31 pm Balas

    utk tudung2 sy yg jarang je biasanya sy pakai inner..mereka adalah tudung2 bawal labuh sy..sy buat inner dpd kain chiffon.. sgt nipis dan sejuk..gunting dan jahit sendiri.. 🙂

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 6:38 pm Balas

      Betul tu, idea yang bernas. 🙂 Yati gunakan saja bahan yang ada.

    • Mama Murai Disember 10, 2011 at 1:52 pm Balas

      @adele.., nampaknya kita sama 🙂 saya juga banyak inner yang diperbuat daripada kain chiffon sebab sukakan keselesaan. Sesuai sangat dengan cuaca panas di Malaysia nie..

  6. En Ilham Disember 3, 2011 at 7:03 pm Balas

    wah, pandainye menjahit. boleh bukak bisnes online nih.hehe.saya suka pesanan yang last sekali tu

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 8:24 pm Balas

      @En Ilham, INsyaAllah itulah antara impian yang belum terlaksana. InsyaAllah satu hari nanti. Tapi mula-mula kena beli mesin jahit baru dulu.

      *pesan berpesan untuk saling mengingatkan

  7. akubiomed Disember 3, 2011 at 9:05 pm Balas

    Tidaklah susah sangat hendak buat tapi sayang pula hendak dipotong kain tudung tersebut. Perkara yang sama saya buat ketika memotong kaki seluar abang Koning tempoh hari. 🙂

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 10:02 pm Balas

      @akubiomed, Tak sayang juga sebab tudung-tudung tu memang dah tak pakai sebab dah berlubang hehe. Tak susah, cuma perlu sedikit kerajinan je 🙂

  8. apaajanews Disember 3, 2011 at 9:23 pm Balas

    kreatif juga missyati ni ye,

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 10:03 pm Balas

      @apaajanews, Hehe, daripada tudung tu terbuang macam tu. Bolehlah guna untuk sesuatu yang berfaedah 🙂

  9. Kak Long Mawar Merah Disember 3, 2011 at 10:09 pm Balas

    Wah, dah dapat idea apa nak dibuat dengan tudung bawal yang dah lama tak dipakai tu. Memang sangat berfaedah.

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 10:48 pm Balas

      @Kak Long Mawar Merah, Alhamdulillah, dapat juga kita berkongsi idea. Sekarang ni pun tengah buat untuk anak-anak sedara pulak.

  10. Fahmi Raazali Disember 3, 2011 at 11:16 pm Balas

    Berfesyen tetapi pada masa yang sama masih menjaga aurat… patut dijadikan ikutan oleh semua wanita… 🙂

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 11:27 pm Balas

      @Fahmi Raazali, InsyaAllah mudah-mudahan. Mana yang baik diikuti, mana yang tidak elok diteguri 🙂

  11. Jai Disember 3, 2011 at 11:17 pm Balas

    Teringat masa form 5, amek subjet ERT (Ekonomi Rumah Tangga), jahit baju senget sebelah.. Mmg tangan ni xde seni..ha3

    • Miss Yati Disember 3, 2011 at 11:27 pm Balas

      @Jai, Hehe.. tangan tu berseni tapi bukan dalam seni jahitan. *Dulu masa ERT pun selalu kena marah jugak hehe

  12. mamaikin Disember 4, 2011 at 12:00 am Balas

    rajinnyer dia…:)

    • Miss Yati Disember 4, 2011 at 12:56 am Balas

      isi masa lapang. 🙂 Jadi kena cari kerja hehe

  13. zik Disember 4, 2011 at 3:03 am Balas

    bukan senang nak buat nih.. nampak jer macam mudah… apa lagi mari kita mencuba..hehe..

    • Miss Yati Disember 4, 2011 at 9:44 am Balas

      @zik, Perlukan kesabaran, dan ketelitian. Hehe, cuba jangan tak cuba.

  14. bardboo Disember 4, 2011 at 3:39 am Balas

    kreatifnya!!! saya pun ada banyak tudung yang berlubang kena seterika..hehe..

    • Miss Yati Disember 4, 2011 at 9:45 am Balas

      @bardboo, Bila tengok tudung-tudung tu rasa sayang je kalau buang. Jadi timbullah idea ni 😉

  15. suri Disember 4, 2011 at 4:43 am Balas

    jimat wang lebih boleh simpan utk masa hadapan heeee

    • Miss Yati Disember 4, 2011 at 9:45 am Balas

      @suri, Betul tu. 🙂 Kena belajar berjimat dah ni.

  16. suri Disember 4, 2011 at 4:43 am Balas

    rajinnya bli tudung bawal..suri tak tak der tudung bgtu lagi huhu…

    • Miss Yati Disember 4, 2011 at 9:47 am Balas

      @suri, Yati suka pakai tudung bawal, dulu hobi yatilah ni kumpul tudung bawal. Memandangkan ada yang tak dipakai, kena ubah suailah untuk buatkan tudung tu berguna untuk kita 😉

  17. Queila Disember 5, 2011 at 12:18 am Balas

    aahhh kan..betul jugak tu….

    guna tudung bawal lama2 buat inner…

    leh ila wat neh..ehheh..daripada beli kan..ehhe

  18. tehr Disember 5, 2011 at 9:32 am Balas

    kalau selalu ringan tangan
    memang ada je faedahnya

    • Miss Yati Disember 5, 2011 at 6:53 pm Balas

      @tehr, Betul tu. Kena selalu-selalu ringan tangan dah sekarang. 🙂

  19. nabilah_2908 Disember 5, 2011 at 12:34 pm Balas

    enth kenapa..sy sangat2 tak minat menjahit… :seposen

    • Miss Yati Disember 5, 2011 at 6:54 pm Balas

      @nabilah_2908, Tapi Nabilah minat memasak 😉 Setiap orang ada kelebihan masing-masing. love

  20. REDBLOODSNOW Disember 5, 2011 at 1:56 pm Balas

    wahhhh…idea yg sgtttt bgus ni. nnti nk selongkar almari gak ah. cari tudung bawal yg dh tak di pakai utk di jadikan inner bawal. hehe. nice tips n tuto dear. mwah!

    • Miss Yati Disember 5, 2011 at 6:54 pm Balas

      @REDBLOODSNOW, Cari jangan tak cari. Thanks dear zie 😉 love

  21. fiezaradzi Disember 5, 2011 at 5:18 pm Balas

    banyak kain bawal tak pakai.. pakai dulu2 time sekolah.. sekarang pakai gak, tapi biasanya yang selesa dipakai jer.. tak penah terfikir nak buat apa dengan tudung bawal yang tak pakai tu.. leh try la nanti.. hehe.. thanks..

    • Miss Yati Disember 5, 2011 at 6:55 pm Balas

      @fiezaradzi, Itulah kan, tudung ni banyak mana pun beli, kita akan selalu pakai yang selesa je. Selamat mencuba dan berjaya 😉

  22. wandisini Disember 5, 2011 at 11:20 pm Balas

    kreatif ni. dah tunjuk kat wife idea ni…dia kata boleh nak buat. tapi abang jaga anak…erm..

    • Miss Yati Disember 5, 2011 at 11:33 pm Balas

      @wandisini, Hehe, betullah tu. Kena tolong wife jaga anak, jadi wife boleh tenang buat ni.

  23. Dulu Lain Sekarang Lain Disember 7, 2011 at 8:57 pm Balas

    adehhh… bab yg kawe paling tak expert 😀
    menjahit dan iron baju.. biasanya kawe mintak tlg org rumah… kalu dia busy.. tukar baju lain ler .. 😉

    • Miss Yati Disember 7, 2011 at 11:40 pm Balas

      @Dulu Lain Sekarang Lain, Hehe.. normal kan bila dah kawin lelaki jarang dah nak jahit dengan iron baju. Dan dan jadi tak reti kan. Masa bujang boleh je hehe

  24. chii Disember 8, 2011 at 7:30 pm Balas

    bagusnya,,umah chii pun rasanya byk tudung bawal..tp nak potong..cam syg la plak..ekek…pastu kalo nak menjahit pun..xde mesin nya…

    • Miss Yati Disember 8, 2011 at 8:41 pm Balas

      @chii, Yati punya memang dah ada kesan kuning sebab lama sangat simpan, dan ada yang berlubang kena iron. yang bahagian tepi tu boleh buat dengan lilin untuk kemaskan sebagai alternatif kalau malas jahit hehe

  25. Mekar Disember 9, 2011 at 10:43 am Balas

    Tudnung bawal lama2 tu banyak sekali simpan dlm almari tak pakai2 dah. Rupanya boleh buat sesuatu melaluinya.

    Sya pula kurang gemar tudung syiria. Skrg masih dok pakai tudung ala Ekin. Senang disarungkan.

    • Miss Yati Disember 9, 2011 at 11:26 am Balas

      @Mekar, Tudung ala Ekin memang mudah disarung. Tapi kena cari saiz yang agak besar 🙂 Tudung syria yati guna yang saiz L dan XL

  26. Mama Murai Disember 10, 2011 at 1:53 pm Balas

    Alamak… kreatifnya dia… 🙂 saya buat masa nie lebih suka mengubahsuai inner daripada kain chiffon. Mungkin satu hari nanti saya akan bereksperimen dengan menggunakan tudung bawal pulak…

    • Miss Yati Disember 10, 2011 at 2:06 pm Balas

      @Mama Murai, Nanti yati nak cuba buat dengan chiffon. Mama tolong ajarkan ya.

  27. timah Disember 13, 2012 at 1:00 pm Balas

    Wahh..saya pon nak buat lah..tp nak kne bukak almari lame lah jawabnyerr nak amek tudung lama..hihihi..time kasih share camni..huhu..

    • Miss Yati Disember 14, 2012 at 1:38 pm Balas

      Sama-sama. Jom selongkar almari. ^_^

  28. qalbi kalami Mac 30, 2013 at 9:20 pm Balas

    salam sis…
    thank 4 u …
    this tutorial give me idea 🙂 :bunga

    • Miss Yati Mac 31, 2013 at 3:39 pm Balas

      wsalam. Welcome. Semoga bermanfaat 😉

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.