Ilham Pujangga

Assalamualaikum.  Hari Isnin yang indah,  alhamdulillah.  Walaupun bermula dengan tidak baik,  sebab mimpi menakutkan sampai menangis.  Mimpi mainan tidur,  kata Sabhi Alif. Jadi kita teruskan saja hari ini dengan perkongsian tentang sebuah lagi buku.


Judul  :  Mendekati Seni Penulisan Kreatif

Penulis :  Prof.Madya Dr.Lim Swee Tin

Penerbit  :  Citra Kurnia Enterprise



Buku  ini merupakan buku panduan penulisan karya kreatif terutamanya sajak dan cerpen.  Tetapi gaya penyampaiannya tidak klise seperti buku panduan yang lain.  Dr.Lim bijak menarik minat pembaca dengan menggunakan cara penulisan yang kreatif seperti menulis cerpen dan novel.


Penulis menggunakan watak An dan Lia sebagai perantara ketika memberikan bimbangan.  Persisnya penulis menulis surat dan email kepada mereka berdua,  tetapi sebenarnya beliau sedang mengajar pembaca tentang cara, proses,  dan contoh menghasilkan karya kreatif.


Di dalam buku ini,  Dr.Lim turut mengajar kaedah mendapatkan idea daripada sepatah perkataan.  Kaedah yang sama turut diajarkan oleh Dr.Lim ketika mengajar saya dan rakan-rakan dalam subjek Penulisan Puisi dan Drama,  serta Penulisan Cerpen dan Novel. Saya mudahkan melalui gambar rajah di bawah;


Rujuk pada halaman 8 hingga 13.


Fikirkan satu perkataan utama.  Contohnya LAUT.  Selepas itu fikirkan perkataan lain yang ada di laut.  Di dalam gambar di atas adalah antara perkataan-perkataan yang biasanya dapat kita lihat,  dan sinonim dengan laut.  Rujuklah pada buku ini untuk mengetahui cara seterusnya.


9 thoughts on “Ilham Pujangga

  1. laut…
    tika ombak menghempas pantai rasa tenag dengan ayunan agin yg menghembus muka..

    cengkerang..siput terasa malu untuk menunjukkan diri tika kakiku mula membasahi buih-buih cinta hee… 😉

    1. @Notakaki, Mula-mula nak khabar ini ” nasib baik rajin check kotak spam hari ni, jadi nampak komen kamu di sana. Macam mana boleh jadi macam ni. Aduh.

      Buat masa ni, saya fikir belum ada buku ini diadakan dalam bentuk ebook. Mungkin boleh diusulkan kepada penulis untuk mempertimbangkan cadangan. Tapi bagi saya, secara peribadinya lebih gemar memiliki buku untuk memiliki ilmu. 🙂

    1. @zik, Ya. Feeling lebih. Lagipun boleh dibawa ke mana saja. Laptop boleh masuk tandas?? hahaha habislah.

      silakan baca. Kalau nak pinjam pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.