Deko deko bersama Chik Tie

Assalamualaikum semua.  Okay baru ni di ENTRY NI—> Segmen Deko pun Bermula <—— Chik Tie ada share pasal proses survey dan beli tiles di Kemaman. Alhamdulillah. Dah siap pasang. Nanti Chik Tie share kos semua sebagai panduan yang nak pasang tiles jugak.
Ni kat bahagian sinki dapur. Chik Tie pilih sinki jenis 1 besar macam tu. Sebab Chik Tie suka sinki besar, senang nak basuh periuk belanga yang besar.

 Bahagian back splash Chik Tie pilih gabungan warna lembut dan gelap. Sebab senang nak bersih, dan yang paling penting senang nak mix match dengan peralatan dapur.
Nanti nak pasang kabinet pulak. Tunggu budget lagi sekali supaya terbang masuk ke dalam akaun Chik Tie 😛

Tile asal dapur ni warna pink. Dan mudah nampak kotor. Jadi Chik Tie gantikan dari pink ke kelabu. Walaupun senang nak nampak berdebu, sekurang-kurangnya tak nampak kotor 😛
Sinki Chik Tie pilih jenis yang elok sikit. Sebab kalau kat dapur, part paling masalah adalah nak bagi air sabun tu turun ke lubang sinki tu. Nak kena kalih kalih dengan tangan. Yang ni tak perlu buat macam tu, Jadi sinki tak berminyak dan berlenggas
Ruang Tamu.
Nanti nak cat pulak.
Ni lantai kat bilik. Semua bilik sama je tilesnya. Kuasa lah nak pilih satu satu haha.
Jadi selesai sudah bab kemasan lantai, dan table top. Selepas ni nak cat lah pulak. Tengah fikir lagi nak cat warna apa.  Tak sabar nak balik tengok rumah selepas di letak kemasan. Ni gambar ayah mertua yang hantar. <3

5 thoughts on “Deko deko bersama Chik Tie

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.