daridapurchiktie, deko, Deko deko rumah sns, rumah, rumah sewa

Dapur kecil, impian besar

Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum semua.

Ya Allah, baru jumpa jalan nak login blog ke Chik Tie tu. Hihi. Begitulah di zaman facebook dan instagram ini. Bila dah post di sana, terlupa terus nak update di sini. Baiklah sekarang kita cerita tentang dapur kecil, impian besar.

DAPUR KECIL, IMPIAN BESAR

Suka tengok facebook kawan-kawan deko. Cantik-cantik rumahnya. Chik Tie pun nak kongsi jugak deko ala kadar dapur kecil, impian besar Chik Tie.Walaupun dapur kecil, tapi yang penting impian kami adalah nak dapatkan dapur yang kemas dan selesa untuk kami berdua.

Inilah jalan menuju ke dapur kecil Chik Tie di rumah sewa kami.

Gambar atas ni selepas sekali cucian guna air dan sabun biasa.   Lepas tu tu untuk cucian kali ke-2, guna Mr.Muscle.  Berpeluh jugalah mengerjakan dapur ni.

Masa ni lepas dua minggu pindah masuk.

Selepas dua tahun, baru cat dapur ni. Warna cat dapur yang baru ni warna coklat kemerah jambu (pandai-pandai je cipta istilah sendiri)

Yang tempat letak dapur memasak tu, Chik Tie tempah dengan sedara yang buat welding. Ukur tepat tepat lebar panjang dan tinggi yang Chik Tie nak. Rak hujung tu antara sudut kegemaran chik tie kat dapur ni, sebab kat situlah ada gadget yang memudahkan kerja di dapur. Dan yang penting, menjimatkan masa.

Ini saja keluasan dapur kecil Chik Tie ni. Cukuplah untuk kami berdua.  Biar dapur kecil, janji impian besar. 😛

Di sinilah dapur, dan di sini lah juga ruang “laundry” kami.  Masa masuk rumah, tuan rumah memang dah sediakan lubang keluar air, dan paip untuk mesin basuh. Tingkap dapur ni besar, selebar dinding dapur tu. Gantung bidai dari Mr.Diy sahaja. Selesai masalah panas.

Selepas ni nak pasang para DIY di dinding kosong tu pulak. Jadi boleh tambah ruang untuk letak barang.

Sudut ni pun penting, sebab kat sini ada pelbagai keperluan utama dalam masakan. Bawang, periuk belanga, kuali, rempah ratus, tepung, serbuk herba, garam semua kat sini. Yang paling jarang guna, letak di belakang, yang selalu guna letak di bahagian senang nak capai. Itulah tipsnya.

Ini pula sudut untuk sediakan sarapan, dan makanan ringkas. Ada cereal, nestum, dan gronola, gula, nescafe, teh.  Kat sini jugalah tempat nak meroti, dan kerja kerja bakery (amatur) sebab tu ada tepung protein di situ. Suplement pun letak sini, sebab kalau letak tempat lain, asyik lupa nak makan.

Periuk tiga beradik Ikea, kuali Mr.Diy . Puas hati dan tahan lasak guna.

Isi lennart ikea

Dalam lennert ni Chik Tie letak bawang, kentang, perencah, rempah kasar, dan yang paling bawah Chik Tie letak tuala dapur, dan beg untuk bekal. Senang sikit nak capai.

Bekas bekas kebanyakannya dari Mr.Diy, dan Ikea. Label tu nanti nak DIY yang baru. Sementara tu, tulis dengan marker dulu.

 

Mini Pantry

Mini Pantry ni Chik Tie guna sikit sudut dalam bilik kerja suami.  Sebab bilik ni jenis memanjang, jadi dapat juga curi ruang sikit kat hujung tu untuk ruang pantry ni.  Mini Pantry ni Chik Tie guna rak.  Kat rak ni Chik Tie letak stok stok tepung, bihun, pinggan mangkuk extra (untuk tetamu) .

 

Rak ni pulak tempat Chik Tie susun periuk belanga yang jarang guna, tupperware, tipuware, stok kegunaan rumah.

Okay sampai sini dulu perkongsian idea tak seberapa susun atur di dapur comel. Semua orang impikan dapur yang lengkap dan cantik, tapi kalau belum mampu lagi nak kabinet yang vogue, ayuhlah kita kemas dapur dengan cara apa yang kita ada. Yang penting, bersih, kemas, dan memudahkan kerja.

Author: Chik Tie

Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

9 Comments on “Dapur kecil, impian besar

    1. Ya betul tu. Masa awal awal pindah tu, tak sempat nak organize barang barang yang dibawa dari rumah lama. Bila dah banyak sisihkan, jadi lebih lapang dan tak serabut.

  1. hehee, lebih kurang sama rumah saya je ni, ruang dapur dan mesin basuh bersekali..
    Dinding pon masih banyak putih, belum bertukar warna 😀

    1. Rumah idaman kami pun macam tu. Selalu berangan, kalau ada rezeki bina rumah satu lagi, kami nak bina konsep pelan lantai terbuka. Kira dari depan, terus nampak dapur kering. Dapur basah pulak nak buat yang ada pengudaraan semula jadi. Baru tak berbau sampai ke ruang tamu.

  2. Syabas Cik Tie, dapur dah nmpk selesa. Semoga impian di masa dpn menjadi kenyataan. Bagi akak, tempat yg paling susah nak kemas & atur – dapur! Plan nak extend kitchen pun blm tercapai lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.