photography, Terengganu, visit Terengganu

Chik Tie Jalan-jalan: Pulau Kekabu

Assalamualaikum semua.

Musim hujan panas ni ramai yang tak sihat. Semoga yang tak sihat, cepat sembuh. Chik Tie pun tak sedap badan, harap tak demam. Apa pun, cerita Chik Tie Jalan-kalan: Pulau Kekabu tetap dikongsi bersama.

Chik Tie Jalan-jalan: Pulau Kekabu

Masa tahun pertama bertugas kat Terengganu ni, dah ada rancang nak ke Pulau Kekabu ni. Tapi itulah kan, ada sajalah sebab yang tak jadi ke sana. Walaupun dekat dengan rumah, selepas dua tahun baru berkesempatan ke Pulau Kekabu ni.

 

pulau kekabu

Nak ke Pulau Kekabu ni, tak perlu naik speedboat macam nak ke Pulau Redang, Pulau Perhentian, atau Pulau Kapas tu 😉 Terletak di Marang, Terengganu, antara laluan utama bot-bot Nelayan dan bot Pelancongan untuk ke pulau sekitar. Apa yang menariknya kat Pulau Kekabu ni, kita dapat rasa suasana pantai, muara sungai, dan paya bakau di satu tempat.  Dah jimat masa, dan dapat rasa suasana berbeza.

Pulau Kekabu

Masa datang Pulau Kekabu ni, sebenarnya tak rancang pun. Lepas makan pagi, terus ajak suami ke sini dah alang-alang dekat dengan tempat ni.  Lain kali kena pergi lagi, sebab masa pergi tak sempat nak explore banyak lagi tempat kat Pulau Kekabu ni.

 

pulau kekabu

Sempat jugalah keluarkan peluh sambil meronda sekitar pantai dan Taman Rekreasi Pulau Kekabu ni. Banyak ambik gambar sebenarnya dari bersenam haha. Biasalah tu kan. Kalau nak ke Pulau Kapas, atau balik dari Pulau Kapas, bolehlah singgah Pulau Kekabu ni. Berkelah ramai-ramai, dengan angin sepoi sepoi bahasa. Sangat menenangkan.

 

pulau kekabu

LOKASI PULAU KEKABU

Untuk ke Pulau Kekabu ni, boleh masuk ikut laluan Kuala Terengganu – Bandar Marang.  Atau nak lagi murah,  guna saja waze atau google map cari Taman Rekreasi Pulau Kekabu.  Nak masuk ke kawasan pantai dan taman rekreasi ni ada jambatan. Kena gilir-gilir lalu, sebab muat untuk satu arah kenderaan pada satu masa.

 Pulau Kekabu ni dekat juga dengan Pasar Marang, Hotel Seri Malaysia, dan pelbagai homestay. Pendek kata dekat dengan pelbagai kemudahan.

pulau kekabu

pulau kekabu

Kemudahan Taman Rekreasi  Keluarga

Selain menikmati pemandangan pantai,  boleh jugak bawa anak-anak ke Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu, ni. Kemudahan taman permainan yang cantik, baharu, dan selesa. Lupa pulak Chik Tie nak ambik gambar kawasan permainan anak-anak tu.

pulau kekabu

 

pulau kekabu

Lanskap Taman ni pun cantik, selesa nak beriadah. Mata pun tenang tengok pemandangan. Sambil teman anak-anak bermain, boleh rehatkan mata dan minda dengan keindahan alam.

Jom nikmati antara keindahan lanskap di Pulau Kekabu, Marang, Terengganu

pulau kekabu

 

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

Nanti ada masa, Chik Tie ambik gambar kat kawasan paya bakau dengan muara sungai pula. Cantik sangat. Bila dok sini, rasa nak berlama-lama. Sesuai untuk aktiviti keluarga, kawan-kawan, dan aktiviti riadah lain.  Bagi yang ada di Terengganu, atau melawat ke Terengganu, jangan lupa ke Pulau Kekabu Marang ni.

Jom Kongsi Artikel Ini

Author: Chik Tie

Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

13 Comments on “Chik Tie Jalan-jalan: Pulau Kekabu

    1. Betul tu. Tenangkan fikiran, terlupa sekejab tekanan kerja, dan hal hal lain. Rasa dekat dengan Allah. Damai.

  1. hi chiktie..salam pkenalan..ni tmpt ciktom slalu jejalan kalau blk kmpg..hehe..dl xglamor pun tmpt ni..skang dh ramai yg berkunjung n popular..

    1. Hihi betul tu. Dulu tak ramai orang. Nak datang pun agak was was. Sekarang ni dah ramai, terutama pagi Jumaat Sabtu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.