Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum semua.

Musim hujan panas ni ramai yang tak sihat. Semoga yang tak sihat, cepat sembuh. Chik Tie pun tak sedap badan, harap tak demam. Apa pun, cerita Chik Tie Jalan-kalan: Pulau Kekabu tetap dikongsi bersama.

Chik Tie Jalan-jalan: Pulau Kekabu

Masa tahun pertama bertugas kat Terengganu ni, dah ada rancang nak ke Pulau Kekabu ni. Tapi itulah kan, ada sajalah sebab yang tak jadi ke sana. Walaupun dekat dengan rumah, selepas dua tahun baru berkesempatan ke Pulau Kekabu ni.

 

pulau kekabu

Nak ke Pulau Kekabu ni, tak perlu naik speedboat macam nak ke Pulau Redang, Pulau Perhentian, atau Pulau Kapas tu 😉 Terletak di Marang, Terengganu, antara laluan utama bot-bot Nelayan dan bot Pelancongan untuk ke pulau sekitar. Apa yang menariknya kat Pulau Kekabu ni, kita dapat rasa suasana pantai, muara sungai, dan paya bakau di satu tempat.  Dah jimat masa, dan dapat rasa suasana berbeza.

Pulau Kekabu

Masa datang Pulau Kekabu ni, sebenarnya tak rancang pun. Lepas makan pagi, terus ajak suami ke sini dah alang-alang dekat dengan tempat ni.  Lain kali kena pergi lagi, sebab masa pergi tak sempat nak explore banyak lagi tempat kat Pulau Kekabu ni.

 

pulau kekabu

Sempat jugalah keluarkan peluh sambil meronda sekitar pantai dan Taman Rekreasi Pulau Kekabu ni. Banyak ambik gambar sebenarnya dari bersenam haha. Biasalah tu kan. Kalau nak ke Pulau Kapas, atau balik dari Pulau Kapas, bolehlah singgah Pulau Kekabu ni. Berkelah ramai-ramai, dengan angin sepoi sepoi bahasa. Sangat menenangkan.

 

pulau kekabu

LOKASI PULAU KEKABU

Untuk ke Pulau Kekabu ni, boleh masuk ikut laluan Kuala Terengganu – Bandar Marang.  Atau nak lagi murah,  guna saja waze atau google map cari Taman Rekreasi Pulau Kekabu.  Nak masuk ke kawasan pantai dan taman rekreasi ni ada jambatan. Kena gilir-gilir lalu, sebab muat untuk satu arah kenderaan pada satu masa.

 Pulau Kekabu ni dekat juga dengan Pasar Marang, Hotel Seri Malaysia, dan pelbagai homestay. Pendek kata dekat dengan pelbagai kemudahan.

pulau kekabu

pulau kekabu

Kemudahan Taman Rekreasi  Keluarga

Selain menikmati pemandangan pantai,  boleh jugak bawa anak-anak ke Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu, ni. Kemudahan taman permainan yang cantik, baharu, dan selesa. Lupa pulak Chik Tie nak ambik gambar kawasan permainan anak-anak tu.

pulau kekabu

 

pulau kekabu

Lanskap Taman ni pun cantik, selesa nak beriadah. Mata pun tenang tengok pemandangan. Sambil teman anak-anak bermain, boleh rehatkan mata dan minda dengan keindahan alam.

Jom nikmati antara keindahan lanskap di Pulau Kekabu, Marang, Terengganu

pulau kekabu

 

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

pulau kekabu

Nanti ada masa, Chik Tie ambik gambar kat kawasan paya bakau dengan muara sungai pula. Cantik sangat. Bila dok sini, rasa nak berlama-lama. Sesuai untuk aktiviti keluarga, kawan-kawan, dan aktiviti riadah lain.  Bagi yang ada di Terengganu, atau melawat ke Terengganu, jangan lupa ke Pulau Kekabu Marang ni.

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    10 Ulasan

  1. Azni Oktober 19, 2018 at 4:20 pm Balas

    Ist time dengar nama pulau kekabu nih

    • Chik Tie Oktober 19, 2018 at 4:25 pm Balas

      Nama saja pulau Kekabu, tapi boleh pergi ikut jalan darat je hihihi. Dekat dengan bandar Marang

  2. mrhanafi Oktober 21, 2018 at 2:51 pm Balas

    sekali sekala jalan-jalan sebegini memang best..

    boleh buang stress kat kepala..

    ada legakan kepala yang berserabut

    • Chik Tie Oktober 22, 2018 at 7:30 am Balas

      Betul tu. Tenangkan fikiran, terlupa sekejab tekanan kerja, dan hal hal lain. Rasa dekat dengan Allah. Damai.

  3. intan Oktober 29, 2018 at 3:26 pm Balas

    bestnya…sangat menenangkan kalau holiday tengok nature.

    • Chik Tie November 5, 2018 at 8:12 am Balas

      Betul tu. rasa segar je mata dan minda

  4. akubiomed November 2, 2018 at 11:27 pm Balas

    Cantik pemandangan sekitar pantai. Terasa damai sahaja.

    • Chik Tie November 5, 2018 at 8:12 am Balas

      Kan.. rasa luas pemandangan. Tapi musim hujan ni tak dapatlah nak ke pantai. Takut tengok ombak.

  5. Amir Mazlan November 6, 2018 at 9:54 pm Balas

    boleh ikut jalan darat rupanya. pemandangan pun banyak yang cantik-cantik..instagram-worthy kata orang 😀

    • Chik Tie November 7, 2018 at 8:15 am Balas

      a-ah, merintasi jambatan kecil je. Betul tu. Memang instagram worthy betul

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.