Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum semua.

Masih mood raya, jadi cerita pun masih hal raya.Raya dan makanan, berpisah tiada. Minggu ni Chik Tie tak balik kampung, jadi kesempatan masa ada di Terengganu ni, bolehlah jemput abang Ngah Chik Tie datang beraya.  Niat hari tu bulan puasa nak berbuka puasa sama-sama, tapi tak sempat sebab asal hari minggu je Chik Tie balik berbuka dengan ma, abah, umi dan ayah.

Cerita raya, cerita makan

Hari Jumaat dan Sabtu kami di Terengganu ni berhujung minggu. Jadi Chik Tie jemput abang ngah sekeluarga makan-makan di rumah Chik Tie sebelah petang tu. Nak ajak sebelah pagi, Chik Tie tak yakin Chik Tie cergas sebelah pagi disebabkan baru lepas selsema, dan batuk.  Jadi, langkah selamat adalah minum petang.

Chik Tie masak Laksa Penang, dan Mihun Soto saja. Ringkas saja untuk minum petang.  Yang penting cepat dan pantas boleh siap.  Memandangkan Chik Tie ni  sejenis suka santai santai dan menikmati masa di dapur, jadi awal juga lah Chik Tie masuk dapur untuk sediakan dua menu ni. Kiranya yang mana boleh buat awal, Chik Tie sediakan awal.  Tak suka kelam kabut.  Menikmati saat-saat indah menyediakan juadah untuk santapan jemputan.

Tart Telur, Tart Cheese, dan Kek Lapis Chik Tie tempah dengan home baker yang dah biasa Chik Tie beli dengan dia. Terpaksa ambil hari Khamis, simpan dalam peti sebab dia nak balik kampung. Nanti Chik Tie review tuan empunya dia.

Mihun Soto Versi Chik Tie

Laksa Penang versi Chik Tie jugak.

Abang Ngah Chik Tie ni pun lama dah kerja dan merantau di Terengganu.  Dari anak nombor dua dia lahir, sekarang anak nombor 3 pun dah umur 16 tahun.  Jadi lamalah juga dah abang ngah ni menetap di sini.  Chik Tie baru dua tahun merantau di sini. InsyaAllah ada rezeki nanti kita kembali ke pangkuan bonda ayahanda.

Sekian dulu, cerita makan di hujung minggu di hari raya.

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    6 Ulasan

  1. Cik yaya Jun 25, 2018 at 4:01 pm Balas

    assalam..
    sedapnyer tgok..
    SELAMAT HARI RAYA ye.. ^_^

    • Siti Nurhayati (Chik Tie) Jun 26, 2018 at 4:04 pm Balas

      wsalam. Alhamdulillah, simple untuk adik beradik.

  2. Ahmad Munir Jun 26, 2018 at 6:42 am Balas

    Makanan kesukaan laksa, time raya susah nk dapat laksa.. Kebiasaan mee dan bihun goreng

    • Siti Nurhayati (Chik Tie) Jun 26, 2018 at 4:05 pm Balas

      haha kan. Laksa biasa hujung hujung syawal baru ada.

  3. farhannajafri Jun 29, 2018 at 1:25 pm Balas

    wahhhh laksa dan mihun soto je? Kalau saya, dua tu dah jadi mengah dah nak masak. Hebatlah chiktie! Selamat Hari Raya ye 😀

    • Siti Nurhayati (Chik Tie) Julai 1, 2018 at 2:28 pm Balas

      Hahaha tak adalah hebat. Ni pun mula awal pagi lagi baru siap dua menu nih. Buat sorang sorang, kena buat awal. Tidok kelam kabut

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.