Jom Kongsi Artikel Ini

Assalamualaikum semua.

Ramai dah tahu kan tentang whatsapp sekarang dah ada stickers yang comel-comel.  Kebelakangan ni pulak viral di whatsapp link-link tertentu untuk dapatkan sticker. Tapi sebenarnya tak perlu pun pilih link tu semua. Ada Cara mudah dapatkan Sticker Whatsapp  yang lebih selamat.

Cara mudah dapatkan Sticker Whatsapp

Mudah saja nak dapatkan sticker yang comel ni dalam whatsapp tanpa perlu kita risikokan keselamatan peranti dan keselamatan data peribadi kita. Nak tahu cara, meh Chik Tie tunjuk pada  video di bawah. Jadi jomlah kita tengok Cara mudah dapatkan Sticker Whatsapp

Jika sudi dijemput subscribe,like dan comment  channel Chik Tie di Youtube. Channel biasa je, bukan channel youtuber atau insta famous 😛

Okay bila dah selesai boleh tengok pilihan sticker dekat icon tu, pilih yang ada icon macam yang Chik Tie bulatkan pada gambar di bawah ni.


Lepas tu. Pilih lambang + boleh download pilihan sticker yang ada.

Jom kita ulangkaji semula dengan gambar gambar di bawah

Tunggu sehingga selesai install. Kemudian boleh cuba buka salah satu contact kita, dan cuba tengok pada icon. 
Pilih yang ada lambang macam muka surat baru tu. (Chik Tie reka nama icon ni) Sebab tak tahu nak gambarkan macam mana 😛 Untuk nak tengok sticker untuk dimuat turun (download), boleh pilih lambang + tu. 
Kemudia, boleh pilih sticker yang berkenan. Pilih anak panah ke bawah untuk download.

Sekian sahaja perkongsian tips hari ni.  Semoga kita tidak lagi diganggu oleh bayangan link-link jahat yang cuba menganggu gugat kesejahteraan telefon pintar kita.

 

Artikel Ditulis Oleh Chik Tie
Dengan tulisan, ku bangunkan semangat, ku resapkan kata hikmah. Agar aksara yang ku atur, adalah suatu tuntunan jiwaku dan buat semua yang punya jiwa. Selamat berkenalan semua. Chik Tie dari Kelantan. Kini menetap di Terengganu.

    10 Ulasan

  1. Wani Sukarno November 13, 2018 at 6:26 pm Balas

    tak update lagi wassap ,,tengok orang buat cantik pulak hii

    • Chik Tie Disember 5, 2018 at 12:45 pm Balas

      hihi. macam macam sticker sekarang ni. Buat muka sendiri pun boleh

  2. ridhwan November 23, 2018 at 9:24 am Balas

    cantik juga stiker2 yang tersedia… nak update wsap juga la… terima kasih atas perkongsian ini,… senang dan mudah nak buat dengan mngikut panduan yang tersedia dalam artikel ini

    • Chik Tie Disember 5, 2018 at 12:46 pm Balas

      Sama-sama. Semoga bermanfaat dan dapat membantu. Sekarang dah boleh buat sticker sendiri jugak.

  3. mrhanafi Disember 4, 2018 at 9:58 pm Balas

    pandainya cik tie..

    kalau nak belajar buat boleh PM tepi ke ?

    hahahaha

    • Chik Tie Disember 5, 2018 at 12:47 pm Balas

      Tak pandai pun, sekadar kongsi untuk yang belum tahu. Sebab kat pejabat ni ramai yang tanya.

      Hihi. PM kat putrajaya pun boleh jugak

  4. akubiomed Disember 15, 2018 at 9:50 pm Balas

    Wah rajin main sticker WhatsApp. Saya kekal untuk basic application sahaja.

    • Chik Tie Februari 7, 2019 at 7:56 am Balas

      Hihi saja suka suka. Tengok anak anak sedara sibuk doh hantar sticker comel comel. mak sedara dia nak jugak

  5. Zurainny Ismail Januari 10, 2019 at 11:13 am Balas

    Happy New Year, Chik Tie! Akak dah download dr Playstore thn lepas, tak tau ttg cara ni. Mudah2an selamat… But akak suka GIF sbb mudah nak search expressions yg sesuai, & biasanya funny. 🤩

    • Chik Tie Februari 7, 2019 at 7:58 am Balas

      GIF pun comel jugak. Yang sticker ni pun menarik, sebab boleh buat sendiri sticker tu. Masa yang terlebih rajin tu, kadang kadang saja je buat sticker guna muka comel anak anak sedara hihi

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.