Bukan ikan bawal

Assalaamualaikum..

Hari ini hari Ahad.  Jadi saya ke tempat kerja dengan memakai pakaian rasmi uniform. Semestinya uniform saya bukan berwarna putih seperti jururawat,  tetapi berwarna merah darah ikan.  Boleh bayangkan?  Kalau tak boleh sila pergi siang ikan sekarang,  dan tengok darah ikan tersebut.  Baik saya melalut.  Seperti biasa,  saya akan gandingkan pakaian tersebut dengan tudung bawal berwarna putih.  Tujuan saya cerita tentang hari ahad, dan uniform merah darah ikan hanyalah kerana topik kali ini adalah TUDUNG BAWAL.

Saya tahu,  gadis-gadis sekarang termasuk saya memang banyak pilihan tudung ekpress, dan  selendang.  Tapi masih ada yang sukakan tudung bawal, termasuk Heliza Af, dan Aida Gadis Melayu.  Di sini buktinya.


Sejarah tudung bawal

• diperbuat dari jenis kain “Voile”

Voile itu bermaksud plain-weave, semitransparent fabric of cotton, wool or silk.

• Perkataan’Voile” adalah bahasa Perancis  yang dimelayukan menjadi ‘Bawal’

•  Voile itu adalah sejenis fabrik yang nipis dan lembut yang berasal dari kapas, sutera atau rayon.

• Terdapat pelbagai jenis voile/bawal antaranya :
(i)  “Japanese Voile” atau Bawal Jepun
(ii)  “Korean Voile” atau Bawal Korea
(iii)  “Siam Voile” atau Bawal Siam

•  Ramai orang termasuk saya lebih suka Bawal Jepun sebab kualiti kain yang lembut,  dan tidak mudah berbulu.

•  Bawal Jepun dikenali juga sebagai Bawal no.1dan harganya lebih mahal berbanding Bawal Korea dan Bawal Siam.

Sumber:  Tudung Bawal Exclusif

Saya suka pakai tudung bawal sebab saya rasa muka saya nampak muda bila pakai tudung bawal. 😉 Perasaan saya sahaja,  tapi tak apa bagus untuk keyakinan diri.  Cuma kadang-kadang leceh sedikit bila terpaksa gosok dan jaga tudung tersebut supaya tidak berkedut.  Tapi saya masih penggemar tudung bawal.  Anda bagaimana?

Koleksi tudung bawal eksklusif Mrs.Ayie masih available untuk dijual. Koleksi musim tak luruh di sini

6 thoughts on “Bukan ikan bawal

  1. sy juga pengguna tudung bawal tegar…

    sy tk minat nk pakai shawl..even tudung experss..sbb…tk sesuai dgn bntuk muka yg bulat.. 😉

    skrg ni susah nk cari tudung bawal no 1 yg betul2 ori..sulaman yg kecil…simple..yg ada kebanykkannya kain yg keras.. 😉

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NATURE CALLS

    1. bawal no 1 masih ada byk kat kelantan ni… 🙂 cuma kadang-kadang harga dia pun agak beza dgn bawal yang lain. Saya pun ada jugak jual tudung bawal ni hehee.. 😉 tetap mencintai bawal

  2. suka juga tapi bawal no 1 mmg licin sgt ker? huuuu…dah le pakai spek mata kekadang cam tak ayu plk bila pakai tudung huuu..

    ank sdra kata sb cermin mata ni bingkai dia yg terllu besr sgt huuu..

    1. huhu.. kadang2 ada yang terlalu lembut sampai susah nak bentuk. Suri kena pandai ‘tackle’ tudung tu. Maksud saya kena tahu cara nak lipat nak bagi tudung tu betul-betul center dan menjadi hehe.. 😉

  3. tudung masa belajar adalah..tahun 2001 skrg 2011 laaaaa.. masa raya je dpt bli tudung mahal..tapi tu le tak tau nak bli kt mana…adei…tgok kt fb berkenan plk tapi takut d tipu kualiti..harganya huuu..

    sahabat sllu bli tudung kt internet ker? 😆

    1. Suri, kat kelantan ni memang banyak pilihan tudung-tudung macam tu. Cuma kena pandai tawar harga. Untung-untung dapat jauh lebih murah.

      * saya memang jual tudung bawal, dan selalunya memang beli terus dgn pembekal. Kalau shawl boleh beli online, tapi kalau nak beli tudung bawal, saya cerewet tentang kualiti kain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.