Bukan hari-hari Hari Raya

Assalamualaikum semua.

Tak lambat lagi kan nak ucapkan “Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin” pada semua.  Hari ni dah masuk 7 Syawal. Sekejab je masa berlalu. Sebulan puasa, lepas tu beraya. Sekarang dah hari ke-7 dah pun.  Kalau dulu-dulu rasa bulan puasa tu lama sebab masa tu kan kecil lagi,  tak tahu menikmati bulan Ramadan lagi. Masa berlalu,  Ramadan pun makin dirindu.

Raya tahun ni giliran Chik Tie beraya di rumah Chik Tie dulu, di Kelantan.  Raya ke-3 baru balik ke rumah mertua, di Kemaman.  Untungnya bila rumah sewa di Kuala Terengganu sebab boleh berhenti rehat dulu.  Dari Kelantan, kami mulakan perjalanan pukul 4 pagi, berhenti rehat di Kuala Terengganu, sambil basuh baju, dan kemas rumah sikit, lepas tu baru gerak balik Ke Kemaman.  Jadi dapatlah elakkan kesesakan sepanjang perjalanan.

Bukan hari-hari Hari Raya

Alhamdulillah, tahun ni sempat menziarahi pak sedara, mak sedara. Cuma ada sorang dua Tok Sedara yang tak sempat nak pergi. InsyaAllah, balik minggu depan akan sempatkan diri.  Nampak macam panjang cuti kami kali ni, tapi diuji pulak dengan keadaan kesihatan. Pakej demam selsema, semua ada.

Keluarga Chik Tie. Semua ada, kecuali dua anak arwah abang long yang beraya dengan umminya. Biasa raya ke3 atau ke-4 baru mereka beraya di rumah ni. Anak-anak sedara dah besar dan meningkat remaja. Chik Su dia pun meningkat tua tapi kalau berkumpul dengan anak sedara tu boleh lah satu geng lagi 😛

Ni keluarga sebelah suami Chik Tie. Dalam gambar ni, tiga adik lelaki tak ada. Moga tahun depan, semua ada dalam gambar.  Masa raya sajalah kesempatan nak bergambar satu keluarga macam ni.  Nanti gambar-gambar ni akan jadi kenangan dan memori terindah bila kita makin beranjak usia.

 

Raya bersama keluarga di Kelantan

Raya bersama keluarga di Kemaman, Terengganu

(Tak banyak gambar, sebab Chik Tie segan nak ambik gambar) 😛

 

Dari 13 ke 31

Raya tahun ini lebih bermakna bila setelah beberapa kali Hari Raya, akhirnya kami dapat berkumpul bertiga begini.  Selalunya raya kalau jumpa Ila, tak jumpa salmi.  Dan begitulah sebaliknya. Nak berkumpul lengkap tiga orang ni, bukanlah mudah.  Alhamdulillah, tahun ni Allah rezekikan untuk kami berkumpul. Moga lepas ni Allah bagi juga kami masa lagi untuk kami berkumpul.

Blog lama Chik Tie dulu kerap lah muncul mereka berdua ni. Alhamdulillah, perkenalan masa usia kami 13 tahun hingga kami beranjak ke usia 31 tahun.  Sekarang dah jarang sempat berhubung selalu, tapi masing-masing tahu, kami ada satu sama lain. Saat suka, saat duka.  Segala kenangan, rahsia, cerita nangis ketawa, kami simpan erat-erat. Walau waktu berlalu, moga kami masih seperti kami yang dulu.

Alhamdulillah, Allah masih izinkan meraikan hari raya bersama keluarga, sahabat, dan kenalan.  Moga dipertemukan lagi dengan Ramadan dan Syawal tahun depan.

Salam Syawal semua

6 thoughts on “Bukan hari-hari Hari Raya

    1. Betul tu. Itu lah yang buatkan raya tu meriah. Riuh rendah. Macam macam karenah. Makan sama-sama. Bila dah balik tempat kerja, susah dah nak kumpul ramai ramai

  1. pertama kali saya beraya di Terengganu tahun ni.. memang meriah, berbeza sikit dengan sambutan keluarga saya di Perak.. part nak mengenal sepupu isteri, anak buah.. memang agak lemah sikit.. huhuu

    1. Haha. Baru-baru nak kenal ni memang macam tu. Chik Tie ni pun, dah 5 tahun kahwin ada lagi yang baru kenal sepupu sepapat sebelah suami. Sebab keluarga besar, makan masa jugak lah nak ingat. Orang lelaki lagi lah payah nak cam orang adui haha

    1. Selamat hari raya. Alhamdulillah. Bila semua ada, meriah pun terasa. Kalau ada kurang sorang dua pun mula rasa tak lengkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.