Bukan cerita pelangi

Tajuk :  Where Rainbows End
Penulis   :  Cecelia Ahern


Persahabatan antara Rosie dan Alex sejak kecil.  Mereka berdua sering berkongsi cerita dan tiada rahsia antara mereka.   Permulaan cerita berlatarkan masa remaja Rosie dan Alex yang sering berhubungan melalui email,  surat,  telefon,  dan pesanan ringkas.  Kedua sahabat ini terpaksa berpisah apabila Alex  berpindah ke tempat baru disebabkan perpindahan tempat kerja ayahnya.  Jarak tempat tinggal yang jauh tidak memisahkan persahabatan Alex dan Rosie apabila kedua sahabat ini sering  berhubungan melalui email.

Temanya ringkas iaitu tentang persahabatan tetapi penulis berjaya mengheret pembaca untuk terus membaca dari helaian pertama hingga helaian terakhir.  Bab demi bab tersusun dengan jalan cerita yang terjalin rapi sehingga menimbulkan suspen dan perasaan ingin tahu pada kisah seterusnya.   Keindahan kasih sayang keluarga,  dan persahabatan jelas mendominasi jalan cerita buku ini.  Sinopsis novel lebih padat di sini.


Beberapa petikan daripada novel ini ;

Everything is spinning around us-  jobs,  family,  friends,  lovers… you just feel like screaming ‘STOP!’,  looking around,  rearranging the order of a few things and then continuing on.

(muka surat 173)

Without her even noticing,  the sun had risen,  the seagulls were dancing around the sky,  calling with excitement as their meals were thrown around by the angry sea.  The waves crashed against the rocks,  threatening to come further.  Grey clouds hung like smoke rings outside her window still left behind despite the early morning rainfall.

(muka surat 564)

Saya paling suka quotes  yang di bawah;

“home isn’t a place, it’s a feeling”

“When you felt the silence with someone, it meant they were ‘the one’

“Soulmates have a knack of finding their way to one another”


Cecelia Ahern

Menamatkan pengajian dalam Ijazah Kewartawanan dan Media Komunikasi.  Menulis buka pertama,  ” PS I Love You” pada umur 21 tahun.   Antara buku lain yang ditulis oleh Cecelia Ahern ialah,  PS I Love You,  If You Could See Me Now,  A Place Called Here,  Thanks for the Memories,  The Gift,  and The book of Tomorrow.

*  Sekarang tengah baca buku The Gift (Diterbitkan pada Oktober 2008) *

–  Sedang gigih mengumpulkan tujuh buah novel yang ditulis oleh Cecelia Ahern-

– Ya,  saya jatuh cinta terus pada cara dia menulis dan menyusun ayatnya-

6 thoughts on “Bukan cerita pelangi

  1. oh…sy pun sedang baca novel ni… 😉

    persahabatan dari kecil..samapi dewasa..

    mereka ada perasaan cinta…tp di pendamkan sahaja…

    sy suka baca part bila mana Alex suka sebut Know menjadi No..and setiap kali tu la Rosie akan betulkan..hehe.. :mrgreen:

    1. 🙂 Best kan novel ni, erm semua novel Cecelia Ahern memang ditulis dengan ayat yang sweet sampai hati jadi cair hehe. Dah sampai ke ending ke belum ni .. best okay ending dia hehe. Yerp, Alex suka sangat tulis Know sbg No. Sangat comel. Anak Rosie, Katie pun eja Know jadi No juga. Hehe..

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.