Jom Kongsi Artikel Ini
Hari ni dah 26 Ramadan. Ada yang dah balik kampung, ada yang dalam perjalanan balik, dan baru nak memulakan perjalanan. Chik Tie doakan perjalanan anda semua dipermudahkan, dan sampai ke kampung dengan selamat. Dan selamat kembali semula ke bandar.

Berhati-hati di jalan raya. Jangan pandu dengan emosi. chik Tie faham, memang kalau kita kena himpit lah, kereta depan tak bagi signal, memang kita rasa nak marah. Tapi itulah kan, seboleh mungkin kita cubalah kawal emosi. Jangan nak kejar mengejar pula. Nanti lain jadinya.

Semalam masa balik kerja pun, ada adengan kejar kejar ni. Dari sebab tak bagi signal. Masalahnya yang tak bagi signal ni pulak yang kejar kereta abang tu.  Sampai kat trafic light, siap ketuk tingkap kereta, macam nak ajak gaduh pulak. Abang tu rileks je. Tak layan. Bila lampu hijau kan dah menyusahkan orang lain. Bagi Chik Tie tak perlulah nak buat macam tu. Kita ni puasa, kalau macam tu kita buat, hmmm tak tau nak kata Chik Tie ni. Risau jugak kot jadi tumbuk menumbuk ke apa, sebab kereta tu betul betul depan kereta Chik Tie.
Pesan Chik Tie;
–  Signal biasanya dicipta dan tidak perlu dibeli asing bila beli kereta. Jadi jangan sia-siakan ia. Okay
– Memotong di tempat yang selamat. Kalau selekoh, atas jambatan, tahanlah sekejab keinginan membuak membuak nak memotong tu. Tak lari kampung dikejar.
– Bila masuk waktu, berhentilah dulu di masjid yang terdekat. Lebih baik buat solat jamak takdim sebolehnya. Jadi tak ada kita terkejar-kejar bila waktu dah makin hampir nak habis.

Rujuk panduan : Di sini

– Bawa bekalan kurma, dan air untuk perjalanan. Sebagai persediaan menghadapi kesesakan. Senang nanti, kalau berbuka ke, bersahur ke, kita dah ada back up plan. ^_^
Berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan kita semua dipermudahkan dan dilindungi Allah. 
Artikel Ditulis Oleh Siti Nurhayati Dollah

    12 Ulasan

  1. Adam Jun 22, 2017 at 6:02 am Balas

    Hati2 di jalan raya . Jangan lupa main mercun banabanyak di malam raya.

    Selamat harirya.

  2. maza Jun 22, 2017 at 8:26 am Balas

    (b)"Signal biasanya dicipta dan tidak perlu dibeli asing bila beli kereta. Jadi jangan sia-siakan ia. Okay"(/b)…ini memang win..

    Hahaha

  3. Siqah Hussin Jun 22, 2017 at 5:51 pm Balas

    Chik Tie dah balik kampung ke tu? Selamat Hari Raya Chik Tie dan Salam Perkenalan ye. mana button follower? 😀

  4. Zie Madini Jun 23, 2017 at 4:07 am Balas

    Hati² semasa dalam perjalanan balik :)Semoga selamat sampai ke destinasi

  5. C i k R e n e x Jun 29, 2017 at 3:49 am Balas

    Selamat hari raya chiktie. 😊

  6. Siti Nurhayati Dollah Julai 2, 2017 at 12:46 pm Balas

    Alhamdulillah. dah selamat kembali kat tempat mencari rezeki. Tak sempat main mercun, haha

  7. Siti Nurhayati Dollah Julai 2, 2017 at 12:46 pm Balas

    Hahaha. Kan.. susah bebenar nak bagi. Macam kena bayar ^_^

  8. Siti Nurhayati Dollah Julai 2, 2017 at 12:47 pm Balas

    Alhamdulillah, dah selamat balik kg mertua, kg sendiri, dan dah ada kat tempat cari rezeki. Salam kenal.

    Button Follower ada error hari tu. ^_^

  9. Siti Nurhayati Dollah Julai 2, 2017 at 12:48 pm Balas

    Terima kasih zie. Alhamdulillah, dah selamat balik kat tempat cari rezeki. Tengah cari mood nak kerja haha lama sangat cuti

  10. Siti Nurhayati Dollah Julai 2, 2017 at 12:48 pm Balas

    Selamat hari raya ^_^

  11. Padin Julai 27, 2017 at 2:16 am Balas

    hahaha.. kalau nak bercerita pasal tabiat memandu ni,
    memang boleh buat banyak bab…. sabar jelah

  12. Siti Nurhayati Dollah September 13, 2017 at 2:42 am Balas

    Kalau buat filem, siap buleh buat filem 1, 2, 3,4,5 haha. sabar sajalah

Leave a Comment




This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.