Isnin, 19 Jun 2017

# chiktie dan kerja # kebajikan

Warna warna Ramadan

Alhamdulillah, sudah hari ke-24 kita berpuasa. 24 hari dalam bulan Ramadan yang penuh berkat, dan rahmat. 

Semalam 18 Jun, Chik Tie genap 30 tahun. Alhamdulillah. Untuk peluang yang masih dikurnia. Semoga Chik Tie terus diberikan kesihatan, dan ruang untuk terus melaksanakan kebaikan. Semalam juga, kami terlibat dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari raya Aidilfitri oleh  Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI) kepada anak anak Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Negeri Terengganu. 


Terima kasih kepada SERIKANDI dan Mydin Mall Gong Badak yang menyampaikan sumbangan bagi anak-anak PDK kami. Semoga dikurnia dengan kebaikan yang berlipat ganda. 



Senyuman dan kegembiraan anak-anak PDK adalah hadiah paling besar untuk hari lahir semalam. Alhamdulillah.




 To' Puan Seri Halina Zakaria  (Yang Dipertua Serikandi) - 
Tuan Zuhami Omar (Pengarah JKM Negeri Terengganu)
dan isteri isteri wakil rakyat Negeri Terengganu








Chik Tie bersama To' Puan Seri Halina Zakaria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Follow Us @soratemplates