Rabu, 21 Jun 2017

Isnin, 19 Jun 2017

Warna warna Ramadan

12:26:00 PTG 0 Comments
Alhamdulillah, sudah hari ke-24 kita berpuasa. 24 hari dalam bulan Ramadan yang penuh berkat, dan rahmat. 

Semalam 18 Jun, Chik Tie genap 30 tahun. Alhamdulillah. Untuk peluang yang masih dikurnia. Semoga Chik Tie terus diberikan kesihatan, dan ruang untuk terus melaksanakan kebaikan. Semalam juga, kami terlibat dengan Majlis Penyampaian Sumbangan Hari raya Aidilfitri oleh  Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI) kepada anak anak Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Negeri Terengganu. 


Terima kasih kepada SERIKANDI dan Mydin Mall Gong Badak yang menyampaikan sumbangan bagi anak-anak PDK kami. Semoga dikurnia dengan kebaikan yang berlipat ganda. 

Follow Us @soratemplates