Rabu, 4 Januari 2017

# 2017 # bah

Tengkujuh Januari

Assalamualaikum semua.

2017 dah masuk hari ke-4. Pembuka tirai 2017 yang penuh pengalaman kali ini. Chik Tie tengah bersantai-santai bersama keluarga mertua di Kemaman sehari sebelum tahun 2017. Dah siap beli lauk untuk aktiviti "shell out" bersama keluarga mertua. Kak Long dah siap masak kari ketam pun masa tu. Jam 12.00 tengah hari, boss whatsapp maklum bilik gerakan banjir negeri telah dibuka mulai jam 12.00 tengah hari. Kelam kabut kemas barang balik Kuala Terengganu. Masa tu kusut jugak lah ya memikir jalan mana nak lalu, memandangkan hujan tengah lebat, jalan jalan pun dah mula ada air. Sudahnya lalulah kami ikut lebuh raya, walaupun masa tu jalan nak masuk lebuh raya pun ada air. Tapi masih boleh lalu. Akhirnya, kami keluar ikut exit Bukit Payung. Sempatlah kereta tu mengarung air sekejab lepas keluar Exit Bukit Payong tu. Alhamdulillah tak apa-apa. Walaupun cuak juga sebenarnya. 


Ni gambar yang Chik Tie ambik masa atas highway. Sebab bukan Chik Tie yang memandu, sempatlah ambil  ^__^ 



Dalam 4 hari ni macam-macam perasaan di rasa. Hari ke-3 banjir dah mula rasa lega sebab banyak Pusat Pemindahan dah tutup. Tapi esoknya, angka tu dah makin bertambah, dan akhirnya daerah yang dilanda banjir pun makin bertambah.  Semoga kawan-kawan Chik Tie yang di daerah diberikan kekuatan, dan kesihatan, serta dilindungi Allah untuk menjalankan tugas.



Semoga banjir di Terengganu dan Kelantan akan segera pulih.  Dan begitulah aturan-Nya. Pembukaan 2017 yang penuh cerita, pengalaman, dan sarat pengajaran.




8 ulasan:

  1. Biasa hujung tahun, tapi kali ini awal tahun...
    Semoga mangsa banjir dilindungi olehNya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, hujung tahun dah mula sebenarnya. Cuma di Kemaman, Dungun, dengan Kuala Terengganu je . Lepas sehari biasa tutup, ni memang besar. Amin, moga dipermudahkan.

      Padam
  2. Subhanallah...
    Semoga perjalanan Chiktie selamat dan dipermudahkan.

    Err...biasanya musim tengkujuh ni musim makan ikan darat.

    Hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selamat tiba walaupun dengan debaran. Dengan hujan lebat, bila exit kat highway berdebar juga tengok air dah penuh kat jalan. Tawakal je redah, alhamdulillah ada lori yang tolak air tu. Kami ngekor kat belakang hihi. Demi tugas, redah je lah banjir tu hihi

      Tak jumpa ikan darat lagi haha. Dok membeku dalam bilik gerakan haha

      Padam
  3. pernah terkandas dalam perjalanan masa banjir
    tersadai semalam juga.. huhuhu
    semoga banjir cpt reda :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa terkandas rasa scary jugak kan.. tapi bila dah lepas, jadi pengalaman berharga. InshaAllah. Alhamdulillah di Terengganu hari ni tinggal 2 pusat yang masih buka. Cuma sebelah malam air naik kat area pantai, air pasang.

      Padam
  4. Musim kali ni berubah betul kan. December panas, januari pula hujan sampai banjir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Harap 2017 semuanya baik baik saja

      Padam

Follow Us @soratemplates