Ahad, 8 Januari 2017

Visualization Board

2:03:00 PTG 10 Comments
Visualization Board

Kenapa kena buat Visualization Board ni? 

Untuk bagi gambaran jelas tentang visi, dan impian kita. Senang sikit bila kita nampak hala tuju dan target yang kita nak capai. 


Bila kita nampak, makin jelas lah usaha kita. Gitu. Setiap kali tahun baharu, tiap kali tu Chik Tie ni semangat buat planner. Ada dua planner biasanya, satu untuk urusan kerja, satu lagi untuk urusan peribadi.  


Rabu, 4 Januari 2017

Tengkujuh Januari

8:09:00 PTG 8 Comments
Assalamualaikum semua.

2017 dah masuk hari ke-4. Pembuka tirai 2017 yang penuh pengalaman kali ini. Chik Tie tengah bersantai-santai bersama keluarga mertua di Kemaman sehari sebelum tahun 2017. Dah siap beli lauk untuk aktiviti "shell out" bersama keluarga mertua. Kak Long dah siap masak kari ketam pun masa tu. Jam 12.00 tengah hari, boss whatsapp maklum bilik gerakan banjir negeri telah dibuka mulai jam 12.00 tengah hari. Kelam kabut kemas barang balik Kuala Terengganu. Masa tu kusut jugak lah ya memikir jalan mana nak lalu, memandangkan hujan tengah lebat, jalan jalan pun dah mula ada air. Sudahnya lalulah kami ikut lebuh raya, walaupun masa tu jalan nak masuk lebuh raya pun ada air. Tapi masih boleh lalu. Akhirnya, kami keluar ikut exit Bukit Payung. Sempatlah kereta tu mengarung air sekejab lepas keluar Exit Bukit Payong tu. Alhamdulillah tak apa-apa. Walaupun cuak juga sebenarnya. 


Ni gambar yang Chik Tie ambik masa atas highway. Sebab bukan Chik Tie yang memandu, sempatlah ambil  ^__^ 

Follow Us @soratemplates