Khamis, 17 November 2016

Kudapan petang yang sedap sampai teringat ingat

8:32:00 PTG 0 Comments
 Chik Tie ni jenis yang jarang makan tengah hari. Bukan sebab sibuk tak sempat makan, sebab dah makan berat waktu sarapan, jadi waktu tengah hari tu rasa kenyang. Jadi sekadar makan biskut, minum air, kenyang. Jadi waktu balik petang tu, memang lah suatu rutin untuk berhenti cari makan petang. 

Untuk yang ada sekitar Chendering, Kuala Terengganu,  boleh lah singgah petang sambil balik kerja tu kat gerai ni. Kalau dari Jambatan Chendering, lampu isyarat ke kanan, lepas tu teruss saja sampailah nampak banner ni. 

Selasa, 15 November 2016

Kasihku PDK

8:48:00 PTG 0 Comments

Lega sebab dah habis uruskan kursus untuk tahun ni. Kira inilah kursus pertama yang Chik Tie uruskan di JKM, dan yang terakhir untuk tahun 2016.  Syukur dah selesai. Kursus ni untuk petugas petugas baru Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Cikgu-cikgu untuk anak-anak dan dewasa OKU. Cikgu cikgu yang sabar, dan bijak. 

Follow Us @soratemplates