Ahad, 11 Disember 2016

YES YES IT'S YES

10:02:00 PG 0 Comments
Yes. Yes and YES

Dah kenapa dok yes yes ni. Okey. YES adalah Year End Sale. Yes. Ya. Betul. Dexandra buat Jualan Akhir tahun. Jarang-jarang Dexandra buat potongan harga ni. Tapi untuk menghargai pelanggan yang setia, dan bakal pelanggan yang bersedia mencuba, Dexandra buat YES kali ni.

Beli 1 RM 55, beli dua dengan harga RM 100 saja. Woowww best. Dengan bau yang memang tak jauh beza dengan origanal. Berbaloi baloi gitu.




Jom rebut peluang Year End Sale ni sambil beli dan borong, berpeluang dapat hadiah motor pulak tu. Lucky Draw Disember ni hadiah motor okay. Best tak best tak.


Di bawah ni ada cara cara nak sertai Lucky Draw tu.



Jom whatsapp Chik Tie sekarang : 017-9427975

Khamis, 17 November 2016

Kudapan petang yang sedap sampai teringat ingat

8:32:00 PTG 0 Comments
 Chik Tie ni jenis yang jarang makan tengah hari. Bukan sebab sibuk tak sempat makan, sebab dah makan berat waktu sarapan, jadi waktu tengah hari tu rasa kenyang. Jadi sekadar makan biskut, minum air, kenyang. Jadi waktu balik petang tu, memang lah suatu rutin untuk berhenti cari makan petang. 

Untuk yang ada sekitar Chendering, Kuala Terengganu,  boleh lah singgah petang sambil balik kerja tu kat gerai ni. Kalau dari Jambatan Chendering, lampu isyarat ke kanan, lepas tu teruss saja sampailah nampak banner ni. 

Selasa, 15 November 2016

Kasihku PDK

8:48:00 PTG 0 Comments

Lega sebab dah habis uruskan kursus untuk tahun ni. Kira inilah kursus pertama yang Chik Tie uruskan di JKM, dan yang terakhir untuk tahun 2016.  Syukur dah selesai. Kursus ni untuk petugas petugas baru Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Cikgu-cikgu untuk anak-anak dan dewasa OKU. Cikgu cikgu yang sabar, dan bijak. 

Jumaat, 28 Oktober 2016

Dari KB ke KT

9:03:00 PG 0 Comments
Assalamualaikum semua.

Lama tak bersua di laman blog ni. Rindu. Rinduuuuuuuu serindu rindunya. Gitu. Sering kali tidak ketemu jalan pulang ke blog. Hari ni baru jumpa. Dah nak masuk dua bulan Chik Tie ada di Kuala Terengganu. Hampir sebulan juga menginap di rumah sewa di Kuala Terengganu ni. Tapi kemas barang tak siap siap lagi hahaha. Jom Chik Tie buat imbas kembali sikit masa proses pindah dari KB ke KT.


Sabtu, 6 Ogos 2016

It hard to say goodbye

11:39:00 PTG 0 Comments



Disebabkan Chik Tie dapat surat tawaran, Chik Tie pun terpaksa berpisah dengan anak anak asuhan kesayangan Chik Tie ni. Memang sebetulnya tahun ni saja Chik Tie mengasuh, ingatkan sempat sampai hujung tahun, rupanya kita merancang, perancangan dan ketentuan Allah lebih hebat. 

Chik Tie belum dapat penempatan lagi, tapi untuk memudahkan anak-anak asuhan sesuaikan diri di tempat baharu, Chik Tie lepaskan mereka awal. Sambil menunggu penempatan, sempatlah Chik Tie selesaikan urusan urusan berkaitan.


Sedih dan berat hati.Tapi begitulah kehidupan. Ada waktu kita perlu merelakan sesuatu yang kita rasakan terpaksa. Ada waktu kita belajar menerima perubahan mengikut peredaran. Rindu, sangat rindu. Duduk elok elok tau anak-anak. Nanti ada jodoh kita bertemu lagi,. Ada kesempatan Chik Tie melawat okay. 








Salam sayang.
ChikTiedotCOM

Sabtu, 30 Julai 2016

Raya 2016

8:54:00 PTG 4 Comments
Syawal dah nak meninggalkan kita. Chik Tie baru nak update pasal Hari Raya. Aduyai pun. Tak apalah, asalkan ada untuk kenang-kenangan dan tatapan di kemudian hari. Tahun ni raya pertama Chik Tie kat kampung halaman Chik Tie di Kelantan, raya kedua lepas Subuh kami berdua balik rumah mertua Chik Tie di Kemaman. Raya ketiga balik Kelantan semula, raya keempat suami dah kembali ke Ipoh. Minggu ke-2 raya, Chik Tie pulak ke Ipoh, sekarang sambung kemas barang di Kelantan. Gitu. Raya tetap raya, ulang alik tetap ulang alik.
Keluarga Besar Chik Tie termasuk sepupu sepapat. Sebahagian je ni. Baru 20-30%
Keluarga di Kemaman. Ipar dan biras Chik Tie. Tak cukup sorang di Jepun.



Tahun ni raya pertama Chik Tie pakai baju pink sebab kebetulan ada baju yang Ex-boss bagi dulu belum pakai, jadi suami rela hati pakai pink hihii. Nampak ayu gitu. 




Disebabkan tahun ni Chik Tie tak kerja, maka sempatlah Chik Tie buat biskut. Tahun depan rasanya biskut tunjuk lah yang banyak sebab dah bekerja kan. Biskut famous amos tu memang sedap lah. haha puji diri sendiri pun boleh.


Beginilah hari raya Chik Tie. Sederhana namun penuh cinta dan kasih sayang. Berikan masa, luangkan masa untuk kesayangan ;-) 


Salam sayang.
ChikTiedotCOM

Selasa, 21 Jun 2016

Ahad, 29 Mei 2016

Selamat ulang tahun sayang

12:16:00 PTG 0 Comments
Hari ni ulang tahun ma Chik Tie yang dicintai. Alhamdulillah. Moga Allah mengurniakan kesihatan, dan kesejahteraan buat ma.

Dialah ibu. Dialah sahabat. Dialah teman bergaduh, dialah teman ke sana ke mari kalau suami Chik Tie di kejauhan. Teman gi pasar, teman gi shopping, teman segala-galanya.

Tak terungkap rasa. Betapa dia melengkapi hidup ini. :) Terima kasih ma. Selamat hari lahir .

Ahad, 15 Mei 2016

Welcome back

12:43:00 PG 0 Comments
Assalamualaikum.

Selamat kembali ke landasan blog untuk diri sendiri. Gigih import entry entry lama, tapi belum berhasil. Nanti kita cuba lagi. Banyak kenangan dan ilmu dalam entry lama.  Perubahan pun banyak berlaku dalam setahun dua ni.

Selamat berkenalan buat yang baru pertama kali mengenali Chik Tie. Nanti kita berkenalan dengan lebih lanjut.

Jom recharge energy untuk esok.

Maafkan orang lain, mohon ampun pada Allah.
Moga esok lebih baik daripada hari ini

Assalamualaikum
Selamat Malam ;-)

Follow Us @soratemplates